by Ani
Dalam dunia temuduga (interview) pekerjaan, salah satu soalan yang sering diajukan adalah mengenai kekuatan (strengths) dan kelemahan (weaknesses) korang. Soalan ini sering membuatkan calon berasa tertekan, tetapi sebenarnya ia adalah peluang untuk menunjukkan kepada majikan bakat dan potensi korang. Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara terbaik untuk menjawab soalan ini dengan yakin dan bijak.
Jika korang memohon pekerjaan dalam bidang perakaunan, sebagai contoh, sebutkan kebolehan analitikal atau kemahiran berhubung dengan perakaunan yang kuat. Fokus pada kekuatan yang berkaitan dengan pekerjaan yang korang mohon.
Sertakan contoh dari pengalaman terdahulu di mana kekuatan korang telah membantu mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah. Contoh ini dapat membuktikan bahawa korang tidak hanya bercakap kosong.
Kemahiran berkomunikasi dan berkolaborasi sering dihargai dalam hampir semua bidang pekerjaan. Penekankan kemahiran ini sebagai salah satu kekuatan korang, tetapi pastikan korang boleh menyokongnya dengan contoh-contoh situasi sebenar.
Korang tidak perlu mendedahkan kelemahan yang mungkin merosakkan peluang korang untuk pekerjaan. Sebagai contoh, jika korang memohon sebagai pemandu, tidak bijak untuk menyebutkan bahawa korang mempunyai masalah besar dengan navigasi atau tidak mahir menggunakan Waze atau Google Maps.
Pilih kelemahan yang boleh dihadapi atau diperbaiki. Ini menunjukkan kepada majikan bahawa korang mempunyai kesedaran diri dan sanggup untuk belajar serta memperbaiki diri.
Selepas menyebutkan kelemahan korang, sertakan beberapa langkah yang korang ambil untuk memperbaikinya. Ini menunjukkan tekad dan usaha untuk terus meningkat.
"Salah satu daripada kekuatan saya adalah kemampuan untuk menganalisis data dengan teliti. Di pekerjaan saya sebelum ini dalam pasaran kewangan, saya sering dihargai kerana kemahiran ini telah membantu kami membuat keputusan pelaburan yang bijak. Saya juga sangat bagus dalam berkomunikasi dan berkolaborasi dengan pasukan, yang telah membantu saya berjaya dalam projek-projek yang memerlukan kerjasama yang baik.
Salah satu daripada kelemahan saya adalah saya terlalu terperinci dan kadang-kadang terlalu terlalu fokus pada butiran kecil. Saya sedang cuba untuk memperbaiki ini dengan memberikan lebih perhatian kepada gambaran keseluruhan dan matlamat utama projek. Saya juga sedang mengambil kursus dalam pengurusan masa untuk membantu meningkatkan organisasi saya."
Dalam jawapan ini, korang menonjolkan kekuatan-kekuatan yang berkaitan dengan pekerjaan yang korang lmohon an memberikan gambaran yang jelas tentang langkah yang korang ambil untuk mengatasi kelemahan korang. Ingatlah, soalan ini adalah peluang untuk memperlihatkan potensi dan kesediaan korang untuk terus berkembang..
Kalau korang masih mencari peluang kerja, admin nak bagitahu antara cara yang korang boleh try dlm mencari kerja adalah dengan drop resume korang and nanti majikan yang akan contact korang dalam 72 jam (sekiranya relevan). Drop je resume anda disini https://bit.ly/3Psih96
Senarai telegram kerja kosong lain yang wajib korang join.
Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: