Ini 5 Punca Kenapa Fresh Grad Gagal Dapat Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ini 5 Punca Kenapa Fresh Grad Gagal Dapat Kerja

post by Ani

by Ani

Oct 27, 2023
pada 12:06 PM

Ini 5 Punca Kenapa Fresh Grad Gagal Dapat Kerja

Masalah kepengangguran di kalangan graduan adalah isu yang telah lama berlarutan di Malaysia. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan isu ini, dan hasil kajian menunjukkan beberapa punca utama graduan gagal mendapat pekerjaan. Mari kita lihat lima punca utama dan cara mengatasi masalahnya:

Fresh Graduate

1. Memohon Gaji Atau Faedah Yang Tidak Realistik (68%)

Seringkali, graduan memohon gaji atau faedah yang tidak sesuai dengan tahap pengalaman mereka. Ini boleh menakutkan majikan dan membuatkan mereka ragu untuk menawarkan pekerjaan. Untuk mengatasi masalah ini, graduan seharusnya merujuk kepada salary guide untuk jawatan yang mereka mohon. Ini akan membantu mereka memahami gaji permulaan yang biasa diberikan dalam bidang itu. 

Ini Salary Guide korang patut tahu > Check Disini

2. Lemah Penguasaan Bahasa Inggeris

Kemahiran berbahasa Inggeris adalah aset yang penting, terutamanya dalam syarikat-syarikat besar yang berurusan dengan pasaran antarabangsa. Graduan yang ingin bekerja dalam syarikat seperti ini perlu memiliki penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, graduan boleh mengambil kursus atau latihan tambahan. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti berbahasa Inggeris juga boleh membantu meningkatkan kemahiran ini.

Artikel Berkaitan:

3. Memilih Pekerjaan dan Syarikat (60%)

Kajian menunjukkan bahawa hanya tiga bidang pengajian - Juru Ukur Bahan, Kejururawatan, dan Kejuruteraan - mempunyai kadar penyerapan kerja yang tinggi dalam bidang yang sama selepas tamat belajar. Jika graduan hanya berminat dengan pekerjaan dalam bidang pengajian mereka, mereka seharusnya memilih bidang ini. Tetapi jika korang fleksibel dalam pemilihan pekerjaan, korang akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

4. Lemah Dalam Berkomunikasi (60%)

Kemahiran berkomunikasi adalah asas yang penting dalam kebanyakan pekerjaan. Graduan yang kurang berkeyakinan dalam berkomunikasi boleh memperbaiki kemahiran ini dengan mengambil bahagian dalam kursus berkomunikasi atau melibatkan diri dalam perbualan berstruktur. 

5. Tiada Personaliti Dan Karakter Yang Menyakinkan (59%)

Personaliti yang positif dan karakter yang baik boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Majikan seringkali memberi perhatian kepada penampilan, cara berbicara, dan gaya pergaulan graduan semasa temuduga. Penting untuk memberi penekanan kepada aspek-aspek ini. Korang boleh menghadiri kursus pembangunan diri, membaca buku tentang pembangunan diri, dan mencari mentor yang boleh membantu korang meningkatkan personaliti dan karakter korang.

Setelah menyedari punca-punca di atas, graduan boleh bekerja keras untuk mengatasi masalah ini. Peningkatan kemahiran, pengetahuan, dan kesediaan untuk berubah boleh membantu graduan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan. Semua masalah ini boleh diatasi jika graduan bersedia untuk memperbaiki diri dan memberikan usaha yang diperlukan. 

Kalau korang fresh grad yang masih tercari-cari peluang kerja, admin nak cadangkan korang untuk drop je resume korang untuk cerahkan peluang dapat kerja secara cepat! > Drop resume disini

Drop Resume