Majikan mungkin tak sedar yang dalam kalangan para pekerja dia, ada yang sudah terfikir atau merancang untuk berhenti. Ini situasi yang kalau boleh majikan tak nak hadapi tambah-tambah lagi bila pekerja yang terbaik yang mahu berhenti. Sebenarnya ada dua jenis situasi yang mana pertama apabila pekerja yang bermasalah berhenti kerja, ini adalah sesuatu yang positif kerana kurang masalah bagi majikan dan yang keduanya apabila pekerja terbaik dan aset syarikat yang berhenti kerja, ini akan mendatangkan kerugian besar pada syarikat.



