Bagaimana Nak Tahu Pekerjaan Korang Tu Sesuai Dengan Diri Atau Tidak? Lakukan 4 Langkah Ini
# Pengetahuan Pekerja

Bagaimana Nak Tahu Pekerjaan Korang Tu Sesuai Dengan Diri Atau Tidak? Lakukan 4 Langkah Ini

post by Khair

by Khair

Jul 12, 2016
pada 2:54 AM

Setiap daripada  korang mesti pernah terfikir pasal kerjaya yang tepat untuk diri sendiri. Jika korang masih tertanya-tanya apa sebenarnya jalan kerjaya yang betul untuk diri, di sini ada 4 cara untuk korang tahu betul ke pekerjaan sekarang memang sesuai mengikut minat dan kebolehan diri. 

1. Berfikir Sejenak Tentang Kerja Sekarang

Korang patut bertanya pada diri sendiri 'Apakah perkara yang korang minat dan suka lakukan dengan kerja sekarang?' Jika korang dapat menjawab dengan sekelip mata itu bermakna korang amat selesa dengan kerja sekarang.

Tapi kalau korang masih terfikir sambil merenung diluar jendela itu bermaksud korang masih belum menjumpai pekerjaan yang betul-betul sesuai untuk diri sendiri

2. Kesedaran Yang Tinggi

Kalau korang betul-betul senang dengan kerja sekarang korang mesti kurang merungut dengat apa-apa kerja yang diberi malah sentiasa commited  dalam melaksanakan tugasan tersebut.

Tapi bila korang berasa tak senang duduk dengan segala kerja yang diberi ini petanda bahawa korang taklah berminat sangat dengan kerja korang tu. Malah korang akan sering mengadu dengan keluarga dan kawan-kawan tentang masalah di tempat kerja yang semuanya serba tidak kena. 

3.  Buat Satu Senarai Panjang Tentang Segala Minat Dan Kebolehan

 Untuk mengetahui yang korang memang berada dalam kerjaya yang betul korang patut ambil sedikit masa untuk berfikir tentang situasi korang sekarang. Sama ada segala minat yang korang ada berkait rapat dengan kerja semasa atau sebaliknya.

Malah jika kerja sekarang tiada kaitan dengan kebolehan diri yang ada, itu membuatkan korang hanya membazir masa dan tenaga untuk perkara yang sia-sia.

4. Buat Catatan Diari Kerja 

Perkara ini adalah cara yang amat efektif untuk korang melihat kembali segala pengalaman manis atau buruk dalam pekerjaan yang korang lakukan. Jika isi diari hanya berkisar akan keluhan diri itu bermakna korang masih tidak lagi menjumpai minat sebenar dalam alam pekerjaan.

Tapi kalau korang sentiasa berpandangan positif dan senang hati dengan kerja itu memberi tanda bahawa korang sudahpun menjumpai kerja yang tepat untuk diri sendiri.