Tol Percuma Bermula 11 Hingga 12 November Sempena Deepavali
# Trending Semasa

Tol Percuma Bermula 11 Hingga 12 November Sempena Deepavali

post by Ani

by Ani

Nov 9, 2023
pada 10:41 AM

Tol Percuma Bermula 11 Hingga 12 November Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR: Sehubungan dengan perayaan Deepavali, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan keistimewaan tol percuma kepada pengguna lebuh raya selama dua hari bermula Sabtu hingga Ahad.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menyatakan bahawa pengecualian tol akan terpakai untuk semua kelas kenderaan di plaza tol kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

"Inisiatif ini dilaksanakan untuk memeriahkan semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat kaum India yang menganuti agama Hindu dan sedang menyambut perayaan Deepavali.

Tol Percuma

"Ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk membantu meringankan beban rakyat, menyentuh kepelbagaian agama, kaum, dan kepercayaan," katanya dalam satu kenyataan.

Pemilihan tarikh ini juga bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa pulang ke kampung dan perjalanan semula ke bandar. Langkah ini diharapkan dapat mengoptimakan pengurusan trafik, penyelarasan logistik tambahan seperti pengawalan trafik, bekalan air tambahan, penyediaan tandas, serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya.

Anggaran jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut ialah kira-kira 11.8 juta kenderaan. Keputusan ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada pengguna lebuh raya dan menyumbang kepada keselesaan masyarakat semasa menyambut perayaan Deepavali.

Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: