Tamatkan Sesi Interview Dengan Satu Soalan Wow Ini Supaya Interviewer Ingat Anda!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Tamatkan Sesi Interview Dengan Satu Soalan Wow Ini Supaya Interviewer Ingat Anda!

post by Ani

by Ani

Nov 14, 2023
pada 10:23 AM

Tamatkan Sesi Interview Dengan Satu Soalan Wow Ini Supaya Interviewer Ingat Anda!

Tidak kira seberapa lancar pun proses temuduga yang anda lalui, tiba masa untuk mengakhiri interview, seringkali terdapat momen yang agak awkward. Anda mungkin bertanya dalam hati, "Patutkah saya terus beredar atau cuba menjalin perbualan sebelum pergi?" Namun, kami ingin memberikan cadangan supaya anda mengakhiri temuduga anda dengan cara yang meninggalkan kesan positif di hati penemuduga.

Idea di sebalik tindakan ini adalah supaya apabila penemuduga membuat pilihan calon, mereka akan mengingati anda dengan mudah. Mereka mungkin akan berkata, "Oh, lelaki ini la yang tanya soalan tentang pengalaman terbaik di syarikat" Ia adalah satu pencapaian yang penting, kerana ingatan penemuduga tentang anda dapat menjadi kunci kepada kejayaan dalam mendapatkan pekerjaan.

interview kerja

Menurut pakar, soalan yang paling sesuai untuk ditanya sebelum mengakhiri temuduga adalah:

"Adakah anda boleh berkongsi pengalaman terbaik anda selama bekerja di (nama syarikat)?"

Soalan ini kelihatan simple, tetapi ia boleh memberikan anda banyak maklumat berharga. Ia membolehkan anda menilai sama ada penemuduga benar-benar menghargai syarikat di mana mereka bekerja, atau sebaliknya. Anda juga boleh mula memahami corak dan budaya syarikat sebelum anda menerima sebarang tawaran pekerjaan daripada mereka. Soalan ringkas ini adalah cara yang baik untuk mengakhiri temuduga dengan positif.

Artikel Berkaitan:

Jika penemuduga memberikan respons yang samar atau negatif, anda mungkin perlu mempertimbangkan sama ada pekerjaan tersebut adalah pilihan terbaik bagi anda. Ingat, temuduga juga adalah peluang untuk anda menilai sama ada syarikat itu sesuai dengan matlamat dan nilai anda dalam kerjaya.

Kalau anda tengah buntu nak mencari peluang pekerjaan diluar sana tu...jangan risau sebab admin ada 1 cara paling senang yang anda boleh mohon kerja cara cepat. Iaitu dengan Drop Resume anda di sini > Drop Resume Disini