

by Ani
Lepas habis belajar, semangat nak kerja memang membuak. Tapi bila tengok tawaran gaji terus rasa macam, “Eh ni je?” Ramai fresh grad dekat Malaysia hadap benda sama iaitu kerja susah nak dapat, gaji pula tak setimpal dengan penat belajar 4 tahun.
Sebenarnya, bukan tak ada kerja bagus. Cuma ramai tak tahu bidang mana yang tengah ‘panas’ dan bayar tinggi untuk fresh grad. Kalau awak tengah plan nak mula kerjaya 2026 ni, artikel ni memang khas untuk bantu awak faham kerja apa yang betul-betul berbaloi dari segi gaji & peluang naik pangkat.
Nak tahu rahsia kenapa sesetengah fresh grad terus dapat gaji RM4,000 ke atas, sedangkan yang lain stuck RM2,500 ke bawah? Jawapannya simple iaitu kemahiran, permintaan industri, dan lokasi kerja.
Zaman sekarang, hampir semua kerja perlukan sekurang-kurangnya basic digital skill contohnya Excel, Google Sheets, atau analisis data. Kalau awak tahu guna tool macam Power BI, SQL, atau AI tools (ChatGPT, Notion AI), peluang naik gaji tu memang tinggi!
Bidang macam teknologi, oil & gas, kewangan, dan farmasi antara yang tak pernah surut. Bila permintaan tinggi, syarikat sanggup bayar lebih untuk tarik fresh grad berkualiti.
Kerja di bandar besar macam KL, Cyberjaya, Penang, dan Johor Bahru biasanya tawarkan gaji lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar sebab kos sara hidup pun tinggi.

Baca Juga: Pekerjaan di Malaysia Yang Bakal High Demand Tahun 2025!
Okay, part ni yang ramai tunggu. Berdasarkan trend pasaran kerja Malaysia, ini antara pekerjaan gaji tinggi yang paling banyak ditawarkan untuk fresh grad.
Tak dinafikan, kerja berkaitan data sekarang antara paling hot. Syarikat banyak bergantung pada data untuk buat keputusan dari marketing sampai operasi.
Fresh grad yang tahu guna Python, SQL, Excel Advanced, dan Power BI boleh terus dapat gaji tinggi, walaupun baru mula kerja.
Contoh real:
Graduan Computer Science yang pandai analisis data pelanggan dalam syarikat e-commerce boleh terus ditawarkan RM5,000 – RM6,000 sebulan.
Kalau awak dari bidang IT, ni memang lubuk. Permintaan untuk developer makin meningkat, terutamanya yang tahu guna React, Node.js, Flutter, atau AI integration.
Kerja ni boleh buat onsite, hybrid, atau full remote. Jadi ramai fresh grad suka sebab fleksibel dan senang dapat kerja luar negara juga.
Bonus:
Ramai fresh grad Malaysia yang kerja remote untuk syarikat Singapura atau Australia, tapi duduk Malaysia, gaji boleh cecah RM8,000!
Ini yang ramai tak sangka iaitu kerja sales boleh jadi antara yang paling lumayan sebab selain basic salary, ada komisen, incentive, dan performance bonus.
Kalau awak pandai komunikasi dan berani approach orang, kerja ni memang boleh bagi income tinggi walaupun baru grad. Ada yang baru 6 bulan kerja, tapi total income dah RM10,000 sebab performance cemerlang!
Fun fact: Banyak syarikat sekarang bagi komisen harian atau mingguan, jadi tak perlu tunggu hujung bulan pun boleh ‘cash in’.
Bidang kejuruteraan masih kukuh di Malaysia. Walaupun kerja ni mencabar dan banyak turun site, tapi gaji permulaan tetap antara yang tinggi terutamanya kalau awak kerja dalam oil & gas, construction, atau energy.
Graduan dari UTM, UM, atau universiti teknikal lain biasanya jadi rebutan syarikat besar.
Kerja dalam bidang kewangan tak pernah hilang demand. Kalau awak ada asas accounting, finance, atau economics lagi-lagi kalau tahu guna Excel dan PowerPoint, confirm banyak peluang terbuka.
Kerja ni nampak macam formal, tapi income dia boleh naik cepat bila awak pandai handle klien atau manage portfolio besar.
Zaman sekarang, semua syarikat perlukan orang yang boleh buat brand nampak “hidup” online. Sebab tu kerja digital marketing makin naik dari urus media sosial, SEO, iklan Meta Ads sampai content strategy.
Kalau awak minat buat content, suka trend TikTok, dan faham cara tarik perhatian online ni antara kerja paling fun tapi still gaji tinggi!
Ramai tak tahu kerja UX/UI Designer ni sebenarnya antara jawatan paling “laku keras” sekarang terutamanya untuk fresh grad yang minat reka bentuk dan teknologi. Kerja ni bukan sekadar buat design cantik tapi fokus pada pengalaman pengguna (user experience) macam mana orang guna app, website, atau sistem supaya lebih mudah dan seronok.
Kalau awak tahu guna tools macam Figma, Adobe XD, atau Canva Pro, dan ada basic coding (HTML/CSS sikit pun dah okay), syarikat sanggup bayar tinggi walaupun awak baru grad.
Nak cari kerja khas untuk fresh grad boleh mohon di sini
Nak terus dapat kerja macam ni bukan nasib semata. Ada beberapa langkah mudah yang boleh bantu awak nampak lebih ‘marketable’ di mata majikan.
Gunakan format ATS (Applicant Tracking System) sebab kebanyakan syarikat sekarang guna sistem ni tapis resume automatik. Pastikan ayat pendek, padat, dan guna keyword industri.
> Semak resume pakai ATS Checker Maukerja di sini
Kalau awak buat design, coding, marketing, tunjuk hasil kerja di Behance, GitHub, atau LinkedIn. Satu portfolio cantik boleh bagi first impression yang kuat.
Walaupun bayaran kecil, tapi pengalaman tu sangat berharga. Majikan suka calon yang “dah biasa buat kerja sebenar”.
Realitinya, tak semua tapi yang rajin upgrade diri, pandai guna teknologi, dan tahu pilih kerja strategik, memang peluang mereka jauh lebih cerah.
Kalau awak tahu niche yang awak minat dan sanggup belajar kemahiran baru (macam AI tools, analytics, atau copywriting), gaji RM5,000 pertama tu bukan mimpi lagi.
Ramai fresh grad masih struggle cari kerja sesuai walaupun dah hantar berpuluh resume… tapi masih tak dapat panggilan. Tapi sebenarnya ada cara lebih mudah nak dapat kerja yang betul-betul match dengan minat & kemahiran awak.
Dengan AI Job Matcher, sistem akan bantu padankan resume awak dengan skill yang awak ada.
Jom cuba AI Job Matcher sekarang di sini. Lagi cepat awak hantar resume, lagi tinggi peluang dapat panggilan interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu!
Kerja dalam bidang sales, IT, dan digital marketing biasanya paling cepat dapat sebab banyak syarikat tengah expand bahagian tu. Permintaan tinggi, jadi proses interview pun lebih pantas.
Awak boleh semak di portal kerja seperti Maukerja sebab kami selalu kemas kini julat gaji setiap industri ikut tahun semasa.
Boleh, asalkan ada kemahiran bernilai tinggi seperti coding, data analysis, atau komunikasi jualan. Banyak syarikat sekarang bayar lebih untuk kemahiran yang susah dicari.
Kemahiran digital seperti AI tools, Excel Advanced, SEO, dan komunikasi interpersonal. Majikan cari calon yang boleh adapt dengan teknologi & kerja dalam pasukan.
Ya! Banyak syarikat luar negara ambil pekerja Malaysia secara remote. Bayaran mereka ikut kadar antarabangsa jadi gaji boleh jadi jauh lebih tinggi dari kerja lokal.