Kontrak Kerja Korang Tak Dinyatakan Waktu Jam Bekerja Secara Spesifik? Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu
# Pengetahuan Pekerja

Kontrak Kerja Korang Tak Dinyatakan Waktu Jam Bekerja Secara Spesifik? Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

post by Aisya

by Aisya

Jul 12, 2016
pada 10:23 AM

Pengetahuan umum buat korang semua  di luar sana, dalam apa-apa pekerjaan yang korang lakukan sama ada kerja executive mahupun non-executive, adalah penting untuk korang membaca kontrak perjanjian kerja korang itu dengan teliti. Pernahkan, bila baru masuk kerja waktu ini lah macam-macam dokumen yang HR akan bagi pada korang? Borang nak apply untuk access card, untuk staff parking, dan kontrak kerja. 

Jangan semudah itu je sign tanpa membaca dengan teliti dahulu. Ambil masa untuk baca dan jika ada sebarang perkara yang mencurigakan atau tidak berapa pasti dalam kontrak itu, tanyakan pada HR  dan kalau jawapan yang diberikan tidak memuaskan, minta untuk bawa pulang dahulu kontrak itu dan fahami dengan betul. Tiada masalah. 

Salah satu perkara yang paling mustahak sekali bagi korang adalah untuk meneliti waktu bekerja seperti yang tertulis dalam kontrak. Dalam kontrak korang itu wajib dinyatakan secara bertulis hitam putih mengenai waktu bekerja, normal jam bekerja mingguan, overtime, kadar bayaran gaji, dan bila akan dibayar gaji. Katakan lah kontrak koranng tidak menjelaskan tentang waktu jam bekerja, tetapi tertulis "waktu bekerja mungkin berubah setiap minggu, ini juga sudak dikira kontrak yang sah.

Ada masalah yang timbul bila waktu bekerja berlainan seperti yang dijanjikan dahulu. Ini yang tak best nak dengar. Ada jenis kontrak yang tidak dinyatakan langsung perihal waktu bekerja iaitu kontrak zero hours dan kontrak key time.

Kontrak Zero hours dan key time 

Zero hours adalah kontrak kerja di mana tidak dinyatakan secara spesifik jam bekerja yang pekerja harus bekerja sehari. Benda ini selalunya biasa untuk mereka yang bekerja  di kedai. Daripada bekerja mengikut waktu yang diberikan, sebaliknya pekrja harus bersedia untuk bekerja bila-bila masa sahaja jika  majikan minta. Ini lah yang dimaksudkan Zero hours.

Bagi Key time pula, ia adalah kontrak dimana pekerja diberi jaminan untuk melakukan kerja tetai tiada jaminan tetap berapa jam perlu bekerja setiap minggu.

Boleh ke lakukan kerja lain sewaktu dalam kontrak zero hours?

Kalau waktu dulu, jika korang terikat dengan konrak ini, majikan berhak untuk menghalang korang daripada melakukan kerja lain kerana ini terkandung dalam 'exclusivity clause'. Malangnya, klaus ini sudah dilarang pada 26 May 2015 sehingga sekarang. Jadi, jika korang terikat di bawah kontrak sebegini, majikan korang tiada hak okay nak halang korang lakukan kerja lain.

Apa keburukan kontrak ini?

Masalah yang timbul dengan kontrak ini adalah  apabila korang hanya dibayar mengikut jam korang bekerja. Jadi kalau korang kena tunggu untuk majikan panggil bekerja di premis mahupun menunggu panggilan di rumah, korang tidak akan dibayar untuk masa menunggu yang teah dihabiskan. 

Tapi kalau mengikut undang-undang, jika korang di bawah kontrak zero hours ni, majikan sepatutnya membayar untuk masa korang telah menunggu di premis melainkan kontrak korang menyatakan yang sebaliknya. Korang sepatutnya  dibayar untuk dengan kadar normal mengikut jam atau paling kurang pun mengikut National Minimum wage.