"Keluar Kau Dari Sini" - Majikan Tak Nak Bayar Gaji Pekerja Selagi Tak Capai KPI
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

"Keluar Kau Dari Sini" - Majikan Tak Nak Bayar Gaji Pekerja Selagi Tak Capai KPI

post by Ani

by Ani

Nov 27, 2023
pada 5:55 PM

"Keluar Kau Dari Sini" - Majikan Tak Nak Bayar Gaji Pekerja Selagi Tak Capai KPI

Dalam dunia pekerjaan, teguran daripada majikan adalah sesuatu yang biasa dialami oleh setiap pekerja. Ia dianggap sebagai satu cara untuk memperbaiki prestasi pekerja dan juga kepentingan syarikat. Namun, tidak semua teguran itu diterima dengan baik, terutama jika disertai dengan ancaman yang berlebihan seperti tak nak bayar gaji pekerja jika tak capai KPI.

Belakangan ini, sebuah video viral di laman sosial X memaparkan seorang majikan wanita yang memarahi pekerjanya kerana tidak mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Dalam video berdurasi 44 saat itu, terdengar jelas suara majikan wanita yang mengancam untuk tidak membayar gaji pekerja jika sasaran jualan tidak tercapai.

"Aku nak bulan ni sales kau mesti 200 botol. Aku tak nak main-main. Kalau tak cukup 200 botol, kau jangan harap dapat gaji bulan ni, faham? Seronok ke bagi mak bapa makan duit haram? Keluar kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau. Kalau cukup sales, baru ngadap muka aku," kata majikan tersebut dengan nada tegas.

Rakaman video tersebut dikatakan diambil oleh seorang pekerja yang berada berdekatan dengan bilik majikan wanita tersebut. Namun, maklumat lanjut mengenai kejadian ini masih belum jelas. Video ini menjadi tular setelah dikongsikan di laman X oleh akaun @isusemasaviral, dan sejak itu, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap insiden tersebut. Beberapa netizen menyuarakan simpati terhadap pekerja yang mengalami teguran keras tersebut.

Artikel Penuh:

luahan netizen

Seorang netizen berkongsi pengalaman, "Aku pernah ikut member jual macam ni. Punya susahlah nak jual. Setiap hari ada target tapi kalau orang tak nak beli nak buat macam mana? Ingat semua orang ke boleh buat sale? Normal kalau bos perempuan. Aib orang pergi record, lepas tu viral. Kena dekat korang padan muka."

Walau bagaimanapun, terdapat juga pendapat yang berpendapat bahawa adegan dalam video itu mungkin hanya lakonan atau strategi pemasaran syarikat. Ini menunjukkan betapa sensitifnya isu ini dan kepentingan untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Kejadian seperti ini menimbulkan soalan tentang etika dalam pengurusan pekerja dan bagaimana memotivasi mereka untuk mencapai sasaran tanpa menimbulkan tekanan yang tidak perlu. Sememangnya, keadaan seperti ini perlu ditangani dengan bijaksana dan mendalam agar hak dan kesejahteraan pekerja tetap terjamin tanpa mengorbankan martabat mereka.

Kalau korang nak cari peluang kerja dengan syarikat-syarikat besar diluar sana tu, korang boleh je try cari disini > Cari peluang kerja di syarikat besar disini <

Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: