Jangan Hantar Resume Korang Pukul 3 Petang! Ini Sepatutnya Timing Yang Betul...
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan Hantar Resume Korang Pukul 3 Petang! Ini Sepatutnya Timing Yang Betul...

post by Ani

by Ani

Dec 5, 2023
pada 11:27 AM

Jangan Hantar Resume Korang Pukul 3 Petang! Ini Sepatutnya Timing Yang Betul...

Korang pernah tak terfikir bila kita nak hantar resume pun kena ada timing yang betul? Meh kita bincang sikit pasal benda ni. Korang mesti pernah dengar, salah satu punca resume tak dapat perhatian daripada majikan ialah sebab timing yang tak kena. Memang la, kalau hantar masa semua orang sibuk atau dalam mood cuti, memang takde sape nak layan resume korang tu.

resume

Tips Untuk Pilih Timing Yang Betul

Jadi, nak bagi tips sikit ni untuk korang pilih waktu yang sesuai ikut bidang pekerjaan korang.

1. Bidang Kreatif

Kalau korang masuk bidang kreatif, jangan harap nak hantar resume macam hantar surat rasmi. Waktu terbaik?

  • Hantar resume time akhir bulan, sebab diorang ni jenis kerja flexi. Lagi satu, pastikan resume korang kreatif dan menarik, ikut jawatan yang korang nak tu.

2. Hantar Hari Isnin / Hari Bekerja

Bila nak hantar?

  • Jangan pandai-pandai hantar pada hari cuti. Hantar pada hari Isnin lah sebab banyak research cakap, peluang nak dapat panggilan temuduga tinggi.

3. Hantar Antara Jam 6-9 pagi dan 1-2 Petang

Ni penting! Jangan asyik nak hantar bila-bila je.

  • Jam 6 hingga 9 pagi adalah waktu emas. Selain tu, antara jam 1 hingga 2 petang pun best, sebab dalam satu kajian, 11% majikan suka baca resume waktu ni.
  • Ingat, jangan terlebih petang sangat hantar. Lepas jam 2 petang, resume korang dah jadi macam harta karun hilang dalam lautan.

4. Mohon Awal

Kalau jawatan baru keluar, jangan leka-leka!

  • Hantar resume pada hari pertama tawaran kerja diiklankan. Kena cepat mohon sebab kalau lambat, macam tiket wayang best dah habis.
  • Lagi cepat hantar, lagi cepat majikan korang notice. Siapa tahu, boleh je diorang terus panggil korang sebab impressed dengan resume korang.

So, korang dah tahu kan waktu terbaik nak hantar resume? Gunalah tips ni dan tengoklah apa jadi lepas ni. Semoga korang berjaya dapat kerja yang korang impikan!


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.