Bekerja seharian di tempat kerja tidak bermakna korang mampu menyiapkan segala tugasan tepat pada masanya. Ketika satu kerja sedang dibuat datang pula kerja-kerja yang lain membuatkan korang berasa lebih tertekan dan mula merungut. Kerja-kerja yang bertimbun ini membuatkan korang berasa tergesa-gesa dalam melaksanakan tugasan tersebut dan akhirnya kualiti dan hasil daripada pekerjaan hanyalah ala kadar.