

by Ani
Korang selalu check tak slip gaji yang korang dapat setiap bulan tu? Kalau belum, elok start sekarang. Sebab, korang mungkin tak sedar yang MC (Medical Claim) boleh di claim dekat PERKESO, tau! Nak tau macam mana? Jom baca sampai habis.

Kalau korang belum sampai umur 60 tahun, akan nampak dua jenis caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - yang pertama ialah Skim Bencana Pekerjaan (Employment Injury Scheme - EIS) dan yang kedua ialah Skim Keilatan (Invalidity Scheme). Kalau dah sampai 60 tahun dan lebih, korang hanya perlu carum ke Skim Keilatan je.
Korang mesti tertanya-tanya, "Asyik carum je, bila boleh keluarkan duit tu?" atau "Boleh claim je ke bila-bila masa?" Jangan risau, admin akan kongsikan tiga situasi korang boleh claim duit PERKESO.

Bayangkan korang tengah syok bawak motor nak pegi kerja. Tengah-tengah happy, tiba-tiba BAM! Korang kena langgar dengan kereta dari belakang. Tak pasal-pasal korang patah tangan sebab eksiden. Siap kena masuk bil rawatan lagi. Lagi adoyai bila korang dapat bil rawatan pulak. Ha… kat sini PERKESO boleh tolong!
Dengan Skim Bencana Pekerjaan ni, korang layak untuk claim bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan. Asal korang tengah dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah, dalam perjalanan jumpa client atau atas alasan kerja lain, atau dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat lunch break (pada waktu rehat yang dibenarkan).
Nak lagi senang, pergi dapatkan rawatan ke klinik panel PERKESO yang berdaftar atau ke klinik/hospital kerajaan. Terus percuma kot! Asalkan isi Borang 21 dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Kalau korang pergi ke klinik atau hospital swasta, kena guna duit sendiri dulu. Lepas tu, baru boleh claim dengan isi borang Bayaran Ganti Belanja. Jangan lupa bawak sekali dokumen-dokumen lain.
Selain tu, korang boleh dapat Faedah Hilang Upaya Sementara semasa tengah Medical Claim (MC). Kalau kecederaan tu buat korang tak mampu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari, korang akan dibayar sebanyak 80% dari gaji harian pada hari-hari cuti sakit tu.
Tapi, ingat! Bayaran ni tak sah masuk kalau ada hari korang pergi ofis walaupun cuti sakit. Bazir je!
Cuma, tak boleh lah claim PERKESO setiap kali sakit cam demam, cirit-birit, atau pening kepala. Kena pastikan yang sakit atau cedera korang dapat tu sebabkan kerja. Sebagai contoh, kalau korang dapat penyakit asma sebab selalu sangat terdedah dengan debu atau bahan kimia yang berbahaya waktu kerja, baru boleh claim. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Jadual Kelima dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
PERKESO juga ada program Return To Work (RTW) yang boleh membantu korang pulihkan fungsi anggota badan yang cedera. Lepas selesai, baru boleh kembali bekerja!

Takde sesiapa boleh expect masa depan, termasuk lah kalau kita diberhentikan. Tak boleh nafikan yang tahun 2020 lalu banyak yang hilang kerja. Kalau korang senasib, jangan risau sebab PERKESO ada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang boleh membantu. Sementara korang tengah cari kerja baru, korang boleh dapat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) selama 3 hingga 6 bulan.
Kalau korang jenis ada banyak kerja dan hilang satu atau lebih, korang boleh apply Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB). Kalau, lepas beberapa bulan tu, korang hilang kerja yang lain, boleh apply EMP jugak.
Tapi, dalam tempoh tu, korang dah dapat kerja baru, PERKESO akan bagi Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA). Korang akan dapat 25% dari baki EMP yang belum dibayar. Kan untung tu!
Jadi, jangan malu-malu nak tuntut hak korang! PERKESO ada untuk bantu pekerja. Harap artikel ni dapat membantu korang faham cara nak claim duit PERKESO dengan lebih santai. Jika ada pertanyaan atau lebih banyak info, boleh terus hubungi PERKESO. Semoga korang sentiasa sihat dan selamat bekerja!
Jom cari kerja dekat Maukerja, 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!