

by Ani
Petronas memang hebat, tapi dunia pekerjaan ni macam dunia luas. Kalau korang tengah cari peluang kerjaya yang lebih meriah untuk tahun depan, tengoklah senarai syarikat multinasional (MNC) terkenal di Malaysia ni. Siapa tahu, mungkin pintu emas kerjaya korang berada di sini!

Dulu nama dia TM International Berhad, sekarang dia Axiata Group Berhad. Syarikat telekomunikasi Malaysia ni memainkan peranan besar dalam menyediakan sambungan tanpa wayar kepada sebahagian besar penduduk. Ada tujuh anak syarikat di bawahnya, lebih daripada 150 juta orang bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi dia. Kalau korang nak jadi sebahagian dari mereka, boleh je apply kat sini sebelum jawatan kosong ditutup! > Mohon Disini

BASF Malaysia Sdn Bhd terlibat dalam pembangunan penyelesaian inovatif melalui aplikasi sains dan teknologi. Mereka memberi tumpuan kepada penciptaan penyelesaian mampan dan jangka panjang untuk memenuhi keperluan masyarakat dengan kehadiran dalam tujuh lokasi. Nak kerja dengan mereka? Jom apply kat sini > Mohon Disini

Exxon Mobil Corporation ni syarikat minyak dan gas Amerika yang terkenal. Beribu pejabat dia kat ada kat Texas tau. Operasi dia melibatkan 21 lokasi dan memainkan peranan besar dalam sektor tenaga global. Tapi kat Malaysia pun ada je peluang kerja kosong dibuka. Meh apply kat sini > Mohon Disini

Honda Motor Company ni syarikat Jepun yang hebat. Dia terkenal dengan pengeluaran kenderaan bermotor, motosikal, dan pelbagai peralatan kuasa. Produk kuasa dia dihasilkan di lebih daripada 30 lokasi di seluruh dunia. Kalau korang nak jadi sebahagian dari mereka, boleh je apply kat sini sebelum jawatan kosong ditutup! > Mohon Disini

Petronas, nama pendek untuk Petroliam Nasional Berhad, adalah syarikat minyak dan gas Malaysia yang beroperasi di 11 lokasi. Petronas memainkan peranan besar dalam sektor tenaga, mempunyai pengaruh yang kuat di Malaysia dan di luar. Teringin nak kerja di Petronas? Jom apply kerja kosong kat sini > Mohon Disini

Sime Darby Berhad ni memang syarikat hebat Malaysia. Dia ada lima sektor utama: Perladangan, Kenderaan, Peralatan Industri, Hartanah, dan Logistik. Dengan kehadiran dia dalam 25 negara dan empat wilayah, dia dah mempunyai capaian global yang besar. Nak jadi sebahagian dari Sime Darby Berhad? Jom apply kerja kosong disini > Mohon Disini

Google ni semua orang tahu. Dia penyelidik internet yang paling popular di dunia. Dia jadi pilihan utama ramai orang untuk dapatkan maklumat dan perkhidmatan. Tempat kerja yang semua orang impikan! Mana tak nya, enviroment kerja kat sana pun best. Nak kerja di environment yang best? Apa kata mohon kerja kosong di Google disini > Mohon Disini
Jadi, kalau korang tengah cari kerja dekat company MNC tu, tengoklah peluang di syarikat-syarikat hebat ni. Siapa tahu, korang dapat tempat kerja impian korang!
Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.