

by Ani
Favoritism di tempat kerja, atau lebih dikenali sebagai "anak emas bos," bukanlah perkara yang disukai oleh sesiapa pun. Perangai ini tidak hanya membuatkan pekerja lain merasa tidak puas hati, tetapi dalam sesetengah kes, ia juga melanggar undang-undang. Mari kita lihat empat jenis favoritism yang mungkin wujud di tempat kerja anda.
Nepotism adalah amalan di mana ketua syarikat menggunakan kuasa untuk merekrut ahli keluarga tanpa mengira kelayakan. Pekerja lain yang lebih layak mungkin terpinggir hanya kerana mereka tidak mempunyai hubungan keluarga dengan orang atasan. Ini bukan sahaja tidak adil tetapi juga merosakkan motivasi pekerja yang lebih layak.
Bagaimana untuk mengatasi: Pekerja perlu memberi amaran jika melihat tindakan nepotism dan syarikat perlu menjalankan proses perekrutan yang lebih adil dan berasaskan kebolehan.
Berbeza dengan nepotism, kronism melibatkan pemberian keutamaan kepada rakan-rakan tanpa mengira kelayakan. Ini boleh mencetuskan konflik di tempat kerja kerana pekerja yang merasa diberikan hak istimewa mungkin tidak memberikan usaha maksimum.

Bagaimana untuk mengatasi: Syarikat perlu mewujudkan proses kenaikan pangkat dan perekrutan yang transparan dan berasaskan kebolehan, bukan hubungan peribadi.
Diskriminasi jantina boleh berlaku apabila keputusan kenaikan pangkat atau pemberian projek didasarkan pada jantina pekerja. Ini tidak hanya tidak adil, tetapi juga bertentangan dengan prinsip kesetaraan di tempat kerja.
Bagaimana untuk mengatasi: Pekerja perlu berbincang dengan ketua syarikat atau jabatan sumber manusia untuk menangani diskriminasi jantina. Penilaian perlu berdasarkan kebolehan dan pencapaian, bukan jantina.
Patronage melibatkan pemberian keutamaan kepada pekerja yang dipercayai oleh atasan untuk menduduki jawatan tertentu. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan di tempat kerja dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja yang lain.
Bagaimana untuk mengatasi: Syarikat perlu memastikan proses pengurusan sumber yang adil dan mengikut prosedur yang ditetapkan tanpa memberi keutamaan kepada pekerja tertentu.
So, dalam banyak-banyak ni ada tak wujud dekat tempat korang kerja? Kalau korang dah tak tahan kerja dengan orang kaki bodek ni dan nak jump kerja di company baru, korang boleh je try cari pelbagai peluang kerja kosong disini sebab ada lebih daripada 30,000 kerja kosong kat sini! Mohon kerja kosong disini
Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.