

by Ani
Mesti korang setuju, bila kita cakap pasal kerja, gaji memang jadi benda paling utama yang kita fikirkan. Semua orang kan impian nak dapat gaji yang boleh buat hidup lebih selesa. Jadi, korang wajib check out info terbaru dari Knowledgehut ni.

Jadi CEO bukan main penting, diorang kena handle semua benda dari urusan korporat sampai buat keputusan besar-besar. Gaji diorang? Sampai boleh cecah AS$310,000 (RM1,455,140) setahun! Best gila, lagi-lagi kalau kerja dekat syarikat power.
Mohon kerja jawatan Ketua Pegawai Eksekutif disini > MOHON DISINI

Memang takleh ignore bidang perubatan, kan? Doktor kardiologi, pakar bius, pakar ortodontik, pakar neurologi - diorang ni bukan saja kaya ilmu tapi gaji pun kaya, geng! Ada yang start dari AS$233,584 (RM1,096,443) hingga AS$635,601 (RM2,983,511) setahun.
Mohon kerja jawatan Pakar Perubatan disini > MOHON DISINI

Peguam korporat ni macam superhero perniagaan. Gaji diorang boleh mencecah AS$240,000 (RM1,126,560) setahun. Wow, memang layak dapat gelaran lawyer berdollar!
Mohon kerja jawatan Peguam Korporat disini > MOHON DISINI

Data Scientist ni macam detective dalam dunia data. Diorang untung besar dengan gaji boleh cecah AS$150,000 (RM704,100) setahun. Diorang cari jawapan dalam data, kita cari duit!
Mohon kerja jawatan Data Scientist disini > MOHON DISINI

Jurutera perisian kanan ni memang power. Diorang design software yang kita guna hari-hari. Gaji diorang dalam lingkungan AS$100,000 (RM469,400) hingga AS$114,000 (RM535,116) setahun. Coders memang tak main-main!
Mohon kerja jawatan Jurutera Perisian Kanan disini > MOHON DISINI

Kalau korang suka main dengan website, bidang pembangun web ni kasi duit besar tau. Dengan gaji boleh cecah AS$146,430 (RM687,342) setahun, korang boleh plan trip ke mana-mana!
Mohon kerja jawatan Web Developer disini > MOHON DISINI

Pengurus jurutera ni punya kerja banyak. Gaji diorang memang masyuk, boleh sampai AS$149,000 (RM699,406) setahun. Nak jadi bos projek, kena multitasking!
Mohon kerja jawatan Pengurus Jurutera disini > MOHON DISINI

Di dunia IT, pengurus sistem ni macam bodyguard bagi sistem. Diorang punya gaji dalam lingkungan AS$87,761 (RM411,950) hingga AS$127,000 (RM596,138) setahun. Kalau nak jadi bodyguard data, mesti rajin study!
Mohon kerja jawatan Pengurus Sistem IT disini > MOHON DISINI

Pengurus projek ni macam kapten pasukan. Gaji diorang bergantung kat saiz dan jenis organisasi, tapi purata boleh cecah AS$83,390 (RM391,432) hingga AS$140,000 (RM6571,160) setahun. Jadi kapten projek pun best gak!
Mohon kerja jawatan Pengurus Projek disini > MOHON DISINI
Jadi, kalau korang tengah cari kerja atau nak tukar kerja, mungkin boleh consider satu daripada pekerjaan gempak ni. Ingat, bukan sekadar gaji tinggi je, tapi juga passion dan minat korang. Jangan lupa, kerja yang kita suka, gaji tinggi tu bonus!
Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.
Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: