

by Ani
Bagi sesiapa yang pernah menghadiri sesi temuduga, pasti sudah tahu bahawa interviewer selalunya akan bagi peluang untuk kita bertanya pada akhir sesi tersebut kan? Sebelum terlalu cepat korang menggelengkan kepala dan menjawab 'TAK' terhadap pertanyaan itu, lebih baik korang persiapkan diri dengan bertanya tiga soalan penting ni di akhir temuduga korang.

Sebelum kita menerima sebarang tawaran pekerjaan, adalah bijak untuk menyelidik mengenai keadaan dan budaya syarikat tersebut. Mengetahui lebih lanjut tentang budaya syarikat boleh membantu kita membayangkan suasana kerja yang sebenar. Dengan pengetahuan ini, kita dapat bersiap sedia untuk menghadapi cabaran dan menyesuaikan diri dengan lebih baik.
Kalau korang tercari syarikat yang paling menarik dalam segi gaji, benefit dan work life balance tu, korang boleh la tahu lebih lanjut kat sini > BACA DISINI

Penting bagi kita untuk memahami tanggungjawab dan tugas-tugas pekerja di syarikat yang kita mohon kerja tu. Dengan mengetahui peranan dan rutin kerja mereka, kita dapat lebih bersedia dan dapat mengenali apa yang diharapkan daripada kita jika diterima bekerja nanti.

Seringkali, banyak individu yang lupa untuk bertanya mengenai langkah-langkah selepas sesi temuduga. Jika interviewer berjanji untuk menghubungi kita semula, pastikan kita bertanya tentang tarikh yang dijangka. Inilah peluang terbaik untuk menjelaskan ketidakpastian dan menunjukkan kesungguhan kita untuk melibatkan diri dalam proses selection.
Selain daripada tiga soalan utama ini, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada interviewer atas peluang yang diberikan tau. Sopan santun adalah kunci, sama ada kita merasa yakin diterima atau tidak. Ucapan terima kasih memberikan kesan positif tentang sikap dan nilai diri kita. Jadi, sejauh mana pun keputusan selepas temuduga, kehormatan dan etika tetap menjadi panduan kita. Semoga korang berjaya dalam setiap temuduga yang akan datang!
Kalau korang masih stuck tak dapat mana-mana panggilan temuduga lagi tu, jangan risau tau sebab korang boleh je guna cara ni untuk cepat dapat panggilan temuduga dengan upload resume korang dan nanti majikan akan contact kalau korang untuk temuduga kerja > UPLOAD RESUME DISINI
Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.
Artikel Berkaitan: