''Tell Me About Yourself'' Elak Bagi 4 Jawapan Ni Masa Temuduga, Confirm Interviewer Reject Nanti!
# Pengetahuan Interview

''Tell Me About Yourself'' Elak Bagi 4 Jawapan Ni Masa Temuduga, Confirm Interviewer Reject Nanti!

post by Ani

by Ani

Jan 3, 2024
pada 5:27 PM

''Tell Me About Yourself'' Elak Bagi 4 Jawapan Ni Masa Temuduga, Confirm Interviewer Reject Nanti!

Sekarang ni, sebelum korang jejakkan kaki ke dalam bilik temuduga, pastikan korang dah bersedia dengan jawapan yang mantap untuk soalan yang paling basic tapi boleh buat korang tergagap - "Tell Me About Yourself." 

Memang betul, kita dah share banyak tips untuk persediaan temuduga, tapi jangan sampai korang undervalue soalan ni. Banyak yang terlepas pandang sebab nampak simple, tapi sebenarnya, soalan ni macam gateway untuk bos menilai korang. Jadi, jangan bagi jawapan yang common sangat yang bukan main lagi ulang resume. Bos tak nak dengar benda yang dia dah baca dalam resume tu lagi. Dia nak tengok macam mana korang tackle soalan ni dengan smart.

1. Jangan Ulang Resume

jangan

Bos tanya bukan sebab dia malas nak baca resume. Dia nak tengok kebolehan korang berkomunikasi dan pilih info yang paling penting. Jadi, elakkan jawapan macam sebut nama, umur, tinggal mana, ada berapa adik beradik. Benda ni dia dah boleh baca dalam resume. Bagi yang fresh grad, boleh cerita sikit pasal pendidikan dan cara korang berkembang dalam bidang yang korang minat.

2. Jangan Terlampau Banyak Hobi Yang Tak Ada Kena-Mengena

hobi tak kena mengena

Kalau bos tanya pasal diri korang, jangan la senaraikan semua hobi dari masak, tengok wayang, hingga jadi pakar angkat berat. Bos nak dengar hobi yang relevan dengan kerja atau yang tunjukkan soft skills yang ada kaitan dengan pekerjaan. Contohnya, kalau korang apply jadi editor, ceritalah yang korang suka membaca dan menulis.

3. Highlight Pencapaian Dan Skills

skill

Kalau korang cerita pengalaman kerja, jangan lupa nak sorot pencapaian terbesar korang. Jangan just cerita pasal kerja korang tapi bagitahu juga apa yang korang dapat capai masa kerja tu. Bos nak tahu yang korang bukan saja buat kerja, tapi buat kerja dengan cemerlang.

4. Kaitkan Hobi Dengan Jawatan Yang Dimohon

terbaik

Kalau ada hobi yang ada kaitan dengan jawatan yang korang apply, tunjukkan. Misalnya, kalau apply jadi Social Media Expert, ceritalah yang korang suka explore tren social media, upload video di YouTube, atau active dalam platform social media. Ini boleh tunjukkan yang korang familiar dengan bidang yang korang nak masuk.

Jadi, ingatlah, soalan ni bukan main-main. Jawab dengan yakin, pilih info yang penting, dan pastikan bos dapat gambaran yang positif tentang korang. Good luck!


Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: