

by Ani
Jika anda pernah terlewat ke pejabat, mungkin korang tertanya-tanya kan, "Boleh ke majikan potong gaji kalau datang lambat?" Jawapannya, boleh, tetapi jangan risau, tidaklah potong gaji secara membabi buta seperti pukul rata potong RM100. Mari kita kupas isu ini dengan lebih mendalam.
Bayangkan anda terlewat 10 minit ke pejabat. Secara logiknya, ya, majikan boleh potong gaji anda. Namun, adil ke jika potongan itu dilakukan tanpa mengambil kira faktor-faktor lain? Mari kita lihat jawapannya.

Katakan lah gaji bulanan anda ialah RM2,500, dan anda terlewat 10 minit. Sekarang, mari kita kira berapa nilai potongan yang sepatutnya berlaku.
Katakan seorang pekerja lewat 10 minit dan gaji sebulan dia RM2,500.
Gaji sejam RM2,500 / 26 hari / 8 jam = RM12.01
Gaji seminit RM12.01 / 60 minit = RM0.20
RM0.20 x 10 minit lewat = RM2
Jadi, dalam situasi ini, potongan yang sepatutnya adalah RM2. Bukanlah jumlah yang besar jika dibandingkan dengan gaji bulanan anda yang mungkin berjumlah ribu-ribu ringgit.
Dengan ini, boleh disimpulkan bahawa majikan boleh potong gaji jika anda terlewat, tetapi potongan tersebut haruslah adil dan berpatutan. Ini kerana terdapat pelbagai faktor yang mungkin menyebabkan seseorang terlewat, seperti kesesakan trafik, masalah pengangkutan awam, atau kecemasan peribadi.
Jadi, sebagai pekerja, penting untuk berkomunikasi dengan majikan dan memberi notis jika ada kelewatan yang di luar kawalan. Begitu juga, majikan perlu bersikap adil dan memahami situasi pekerja, menjadikan potongan gaji sebagai pilihan terakhir apabila kelewatan berlaku secara berulang atau tanpa sebab yang munasabah.
Tapi, kalau tempat anda kerja tu asyik tolak gaji anda sebarangan je so bolehlah anda slow-slow cari peluang kerja lain diluar sana yang lagi better. Nak senang boleh je cari pelbagai peluang kerja disini > MOHON KERJA KOSONG DISINI <
Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.
Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: