

by Ani
Dalam dunia kerja yang semakin mencabar, bukan hanya pencapaian akademik atau pengalaman sahaja yang dititikberatkan oleh majikan. Soft skills turut memainkan peranan penting untuk membezakan diri korang dari calon lain. Jom kita tengok apa itu soft skills, kenapa ia penting, dan lima soft skills paling mahal yang harus korang letak dalam resume!

Soft skills merujuk kepada kemahiran bukan teknikal yang melibatkan aspek personaliti dan kebolehan berinteraksi dengan orang lain. Ia mencakupi pelbagai kemahiran seperti:
Soft skills membentuk aspek interpersonal yang penting dalam persekitaran kerja. Walaupun kelayakan teknikal penting, soft skill juga turut penting bagi memastikan korang dapat berinteraksi dengan pasukan, pelanggan, dan pihak berkepentingan lain dengan berkesan. Majikan mahukan pekerja yang tidak hanya mahir dalam bidang teknikal, tetapi juga mampu berkomunikasi, bekerjasama, dan menyelesaikan masalah dengan baik.

Kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan efektif adalah asas kepada kejayaan dalam pelbagai bidang kerja. Majikan ingin pekerja yang boleh menyampaikan idea dan maklumat dengan mudah difahami oleh rakan sekerja dan pelanggan.
Berkerja dalam pasukan memerlukan kebolehan untuk bekerjasama. Majikan mencari individu yang boleh membawa idea, mendengar pandangan orang lain, dan memberi sumbangan kepada objektif bersama.
Pekerja yang proaktif dan pandai menyelesaikan masalah tanpa menunggu arahan adalah nilai tambah yang besar. Tunjukkan dalam resume bagaimana korang dapat mengambil inisiatif dan memberi penyelesaian dalam situasi tertentu.
Majikan menghargai pekerja yang membawa elemen kreativiti ke tempat kerja. Kemahiran untuk berfikir di luar kotak dan mencari penyelesaian inovatif dapat membuatkan korang menjadi aset yang berharga.
Dalam keadaan tertentu, kesabaran dan kebolehan mengawal emosi sangat penting. Majikan suka melihat pekerja yang dapat menangani tekanan dengan baik dan dapat bekerja secara efektif dalam keadaan yang mencabar.
Jadi, jangan lupa letakkan lima soft skills ini dalam resume korang. Dengan menonjolkan soft skills yang macam ni, pasti majikan akan terus terpikat dan melihat potensi besar dalam diri korang!
Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.
Artikel Berkaitan: