Cari Kerja Gaji Tinggi? Ini Dia Senarai Syarikat-Syarikat Yang Bayar Gaji Cun Untuk Pekerjanya
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Cari Kerja Gaji Tinggi? Ini Dia Senarai Syarikat-Syarikat Yang Bayar Gaji Cun Untuk Pekerjanya

post by Ani

by Ani

Jan 8, 2024
pada 3:07 PM

Cari Kerja Gaji Tinggi? Ini Dia Senarai Syarikat-Syarikat Yang Bayar Gaji Cun Untuk Pekerjanya

Tak dapat dinafikan, mencari kerja yang membayar gaji tinggi memang menjadi idaman semua orang. Dalam artikel kali ini, kita akan mengupas tentang lima syarikat di Malaysia yang dikenali dengan bayaran gaji yang memuaskan. Kalau korang tengah fikir nak kerja mana, mungkin artikel ni boleh tolong korang buat keputusan.

1. Shell Malaysia

Shell Malaysia

Gaji Purata: RM10,675
Bilangan Pekerja: Lebih 6,000 orang di Malaysia
Industri: Minyak & Gas
Lokasi: Cyberjaya, Kuala Lumpur, Sarawak

Mengenai Shell:
Shell merupakan syarikat tenaga global dengan kira-kira 87,000 pekerja yang tersebar di lebih daripada 70 negara. Dengan lebih 30 juta pelanggan setiap hari di hampir 46,000 stesen perkhidmatan runcit, Shell memfokuskan strategi untuk mempercepat peralihan perniagaan ke pelepasan sifar bersih, dengan tujuan yang bermakna dan menguntungkan.

petronas

Gaji Purata: RM6,900
Bilangan Pekerja: Lebih 47,700 orang di seluruh dunia
Industri: Minyak & Gas
Lokasi: Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur

Mengenai PETRONAS:
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) merupakan syarikat minyak dan gas kebangsaan Malaysia, berkomitmen untuk memberi daya kepada kemajuan masyarakat secara bertanggungjawab dan mampan.

nestle

Gaji Purata: RM6,300
Bilangan Pekerja: Lebih 5,000 orang di Malaysia
Industri: Perkhidmatan Makanan & Minuman
Lokasi: Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Sarawak

Mengenai Nestlé:
Ditubuhkan pada tahun 1866, Nestlé merupakan syarikat makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, jenama ini menawarkan produk dan perkhidmatan untuk semua peringkat kehidupan, dari susu bayi hingga snek, makanan segera, dan banyak lagi.

cimb

Gaji Purata: RM6,100
Bilangan Pekerja: Lebih 17,000 orang di Malaysia
Industri: Perbankan & Perkhidmatan Kewangan
Lokasi: Cawangan di seluruh Malaysia, Ibu pejabat di Kuala Lumpur

Mengenai CIMB Group:
CIMB Group merupakan bank serantau ASEAN terkemuka, diiktiraf sebagai salah satu bank pelaburan Asia terbesar dan salah satu bank Islam terbesar di dunia.

maybank

Gaji Purata: RM5,650
Bilangan Pekerja: Lebih 46,000 orang di Malaysia
Industri: Perbankan & Perkhidmatan Kewangan
Lokasi: Cawangan di seluruh Malaysia, Ibu pejabat di Kuala Lumpur

Mengenai Maybank:
Kumpulan Maybank merupakan penyedia perkhidmatan kewangan utama di Malaysia, memenuhi keperluan pengguna, pelabur, usahawan, organisasi bukan untung, dan korporat. Dengan rangkaian cawangan terbesar dalam kalangan bank Malaysia, lebih 2,400 cawangan dan pejabat di 20 negara.

Jadi, itulah lima syarikat di Malaysia yang memang terkenal dengan gaji yang tinggi. Kalau kau tengah cari peluang pekerjaan, jangan lupa selidik lebih lanjut tentang syarikat-syarikat ni. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti kau boleh berjaya bersama mereka!


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.