Reen, Anak Kelantan Yang Mengukir Kejayaan! Ini Kisah Pemilik Kilang OEM & Hab Di Amerika
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Reen, Anak Kelantan Yang Mengukir Kejayaan! Ini Kisah Pemilik Kilang OEM & Hab Di Amerika

post by Ani

by Ani

Jan 9, 2024
pada 10:40 AM

Reen, Anak Kelantan Yang Mengukir Kejayaan! Ini Kisah Pemilik Kilang OEM & Hab Di Amerika

Seorang anak Kelantan, Nur Hazreen Mohd Ramzi, atau lebih mesra disapa Reen, telah mencipta kejayaan luar biasa dalam dunia perniagaan. Pada usia 30 tahun, beliau kini menjadi Pengarah Produklega Supplies Sdn Bhd, sebuah syarikat kilang OEM dan hab terkemuka di Amerika Syarikat.

Reen, yang memegang ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari Universiti Malaya, mula merintis perniagaannya kira-kira enam tahun yang lalu. Dalam perbualan santai, Reen berkongsi perjalanan yang penuh cabaran sebagai seorang usahawan muda dari kampung halamannya di Jeli, Kelantan. Meskipun masih muda, Reen memaparkan kematangan dalam menghadapi cabaran dan mendapat sokongan besar dari keluarga untuk membangunkan empayar perniagaannya sendiri. Beliau mengecapi kejayaan apabila perniagaan OEM yang dimulakannya mampu menjana pendapatan yang cukup lumayan.

reen

"Pada awalnya, minat saya terhadap OEM bermula ketika saya ingin mengeluarkan produk sendiri. Namun, terdapat halangan dalam bentuk modal dan kos tinggi untuk pemasaran. Jadi, pada tahun 2018, saya berubah fokus dari menjadi pengasas kepada melahirkan pengasas, kerana kepercayaan adalah modal utama," kongsi Reen dengan rendah hati. Pengalaman pertama Reen sebagai pengasas adalah apabila rakan sebiliknya dari masa matrikulasi memperkenalkan produk wax strip dari China yang berjaya dibungkus semula di Malaysia. Modal permulaan beliau ketika itu hanya RM300 yang diberikan oleh ibu bapanya sebagai duit poket.

"Dari situ, saya mula mencari peluang untuk melahirkan lebih ramai pengasas dengan menempah di China, kerana lebih kos efektif. Alhamdulillah, pendapatan syarikat kini melebihi RM1 juta sebulan, dan kini kita mempunyai sebuah kilang OEM di Amerika Syarikat, sebuah kilang OEM sendiri, gudang di Kapar, Klang, dan satu showroom di Denai Alam, Shah Alam," jelasnya dengan bangga.

produklega supplies

Reen tidak hanya menjadi pengasas, tetapi kini beliau menjadi pemilik kilang OEM jenama sendiri. Beliau berjaya melahirkan jutawan muda dan mencapai impian untuk membawa ibu bapa menunaikan Umrah, melancong, dan membeli kenderaan untuk adik-adiknya. Bagi Reen, menjadi usahawan bukanlah perkara yang mudah. "1000 hari pertama dalam hidup usahawan adalah satu 'sumpahan'. Laluinya dengan tenang, teruskan istiqamah dan fokus. Habis 1000 hari, tuailah hasil selaras usaha," pesan Reen kepada para usahawan muda.

Beliau menegaskan bahawa kesalahan terbesar usahawan muda adalah mahu terlalu kelihatan hebat. "Itu semua tak perlu. Sebaliknya, perlu bina hubungan baik dengan semua. Tak siapa tahu, rezeki datang dari sudut mana. Jadilah rendah hati. Jangan cepat melatah, tiap masalah ada penyelesaiannya," tambahnya.

founder produklega supplies

Reen juga menyorot keistimewaan Produklega Supplies Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan A to Z untuk memudahkan para pengasas. Selain itu, syarikat ini menawarkan perkhidmatan pemasaran untuk meningkatkan penjualan produk. Produklega Supplies Sdn Bhd juga menjalinkan kerjasama dengan negara-negara luar seperti China, Indonesia, Singapura, dan Brunei untuk memudahkan pengimportan dan eksportan produk.

Kejayaan Reen bukan hanya sebagai usahawan yang berjaya tetapi juga sebagai sumber inspirasi, terutamanya untuk generasi muda yang bercita-cita tinggi. Beliau membuktikan bahawa dengan tekad, usaha, dan ketekunan, impian boleh dikecapi, walau dari kampung kecil sekalipun.

Sumber: Remaja


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.