Jangan Gigit Jari! Ini Cara Betul Jawab Soalan "Where Do You See Yourself In 5 Years" Masa Interview
# Pengetahuan Interview

Jangan Gigit Jari! Ini Cara Betul Jawab Soalan "Where Do You See Yourself In 5 Years" Masa Interview

post by Ani

by Ani

Jan 16, 2024
pada 10:37 AM

Jangan Gigit Jari! Ini Cara Betul Jawab Soalan "Where Do You See Yourself In 5 Years" Masa Interview

Sekiranya korang pernah menghadiri sesi interview, pasti korang tidak asing dengan soalan klise yang sering diajukan iaitu, "Where Do You See Yourself In 5 Years?" Soalan ini bukan sahaja menjadi antara yang paling biasa, tetapi juga boleh menjadi soalan yang mencabar kalau tak pandai jawab.

Untuk mengelakkan daripada merasa kelam-kabut masa nak jawab tu, mari kita kupas cara terbaik untuk menjawab soalan ni tanpa perlu korang gigit jari!

interview

1. Tujuk Pemikiran Positif dan Perancangan Masa Depan Yang Matang

Cara terbaik untuk menjawab soalan ini adalah dengan menunjukkan pemikiran positif dan perancangan masa depan yang matang. Berceritalah tentang bagaimana korang melihat diri korang memainkan peranan yang penting dalam organisasi tersebut. Beri tumpuan kepada perkembangan profesional dan sumbangan positif yang korang mahu berikan kepada syarikat.

2. Tunjukkan Keserasian dengan Syarikat

Calon yang baik akan menunjukkan keserasian dengan visi dan nilai syarikat. Siasat terlebih dahulu mengenai organisasi tersebut dan sebutkan bagaimana matlamat dan aspirasi peribadi korang selari dengan misi syarikat. Ini bukan sahaja menunjukkan persediaan korang, tetapi juga menunjukkan bahawa korang bukan sekadar mencari pekerjaan, tetapi ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan jangka panjang syarikat.

ATS Resume Checker: Imbas resume dan pastikan resume anda mesra ATS

3. Berikan Gambaran Umum dan Fokus Kepada Tujuan Jangka Panjang

Walaupun soalan ini menuntut korang untuk merancang masa depan, elakkan daripada memberikan perancangan yang terlalu terperinci. Ini kerana masa hadapan tidak sentiasa dapat diramal secara tepat. Berikan gambaran umum dan fokus kepada tujuan jangka panjang korang dalam konteks kerjaya.

4. Contoh Jawapan yang Menarik

Sebagai contoh, korang boleh menjawab dengan penuh keyakinan seperti, "Dalam masa lima tahun akan datang, saya melihat diri saya sebagai seorang pakar dalam bidang ini dan menyumbang kepada pertumbuhan syarikat ini. Saya berharap dapat mengambil tanggungjawab yang lebih besar dan terlibat dalam projek-projek strategik yang membawa impak positif kepada organisasi."

Jadi, ketika ditanya, "Where Do You See Yourself In 5 Years?" jangan gigit jari tau! Dengan pendekatan yang matang, korang boleh menjawab soalan ini dengan yakin dan meninggalkan kesan yang positif pada interviewer. Selamat mencuba!


Drop Resume