6 Sebab Mengapa Pekerja Mahu Berhenti
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

6 Sebab Mengapa Pekerja Mahu Berhenti

post by Aisya

by Aisya

Jul 14, 2016
pada 7:03 AM

Walau sepuas mana pun pekerja tu terhadap kerjanya sekarang, itu tak bermakna yang mereka tidak mencuba untuk mencari kerja lain. Zaman sekarang ni, semuanya bergerak pantas; nampak sahaja peluang keemasan terus diorang akan rebut. Kadang-kadang pekerja berhenti kerja bukannya sebab ada perkara buruk berlaku, ada pelbagai sebab munasabah yang lain. Disebabkan ini lah majikan perlu perhatikan dengan betul dan cuba untuk penuhi keperluan pekerja agar mereka berterusan mendapat motivasi dan berikan cabaran agar mereka kekal aktif dalam kerja.

Sebagai seorang majikan mesti tahu bukan berapa banyak kerugian yang perlu dilaburkan dari segi duit dan masa untuk melatih balik pekerja yang baru. Untuk kurangkan kadar kerugian, majikan perlu ambil tindakan segera dan cuba untuk lihat jika perkara ini boleh dielakkan atau tidak. Ini tak bermaksud yang majikan perlu menghalang pekerjanya daripada berhenti atau mendesak agar terus bekerja. Bukan macam itu. Kalau korang arif mengenai pekerja dan tahu kehendak mereka, perkara ini boleh diatasi.

1. Pekerja tidak dihormati dan seolah tiada nilai

Tak kira lah sejauh mana mereka sukakan keerja mereka itu, tapi jika tidak dihargai mereka tetap akan berhenti juga. Mereka akan rasa lebih bernilai jika majikan sedari usaha yang telah mereka tunjukkan. Okay, katakan lah majikan tidak boleh beri gaji yang besar, cuba untuk tawakan perkaraa lain seperti berikan sijil pengiktirafan, belanja makan tengah hari, majlis makan-makan, aturkan aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama pekerja. 

2. Kurangnya peluang untuk maju

Mana-mana pekerja yang bercita-cita tinggi akan kecewa jika tiada peluang atau kalau ada pun sedikit untuk terus maju kehadapan. Lakukan kerja  yang berulang kali untuk tempoh yang lama memang akan membosankan,dan lama-lama pekerja akan rasa kurang motivasi untuk terus bekerja.

Kadang-kadang peluang itu terbuka tetapi lebih mengutamakan ahli keluarga atau kawan terdekat majikan sahaja, atau memilih pekerja yang mempunyai personaliti yang lebih menarik berbanding pekerja yang telah lama berbakti dan berpengalaman luas. Sampai bila pekerja mahu berterusan memegang jawatan junior bukan?

3. Tiada sebarang ganjaran diberikan

Pekerja ni mahukan majikan tunjukkan yang mereka bertuah untuk mempunyai diorang sebagai pekerja. Benda sebegini boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara dan tak semestinya duit sahaja. Ucapkan terima kasih dengan kerap kepada mereka. Serta berikan bonus walaupun sedikit, sijil atau plak. Jika bajet korang besar sedikit, apa salahnya tawarkan bantuan untuk sambung pelajaran. Ini menguntungkan kedua-dua pihak. Pekerja dapat pendidikan lebih tinggi dan boleh sumbangkan semula dalam membangunkan syarikat.

4. Majikan tak gemar pekerja berikan pandangan

Bantu pekerja untuk buatkan mereka berasa seolah-olah mereka ni sebahagian daripada syarikat. Hargai idea mereka jika tidak, mereka akan berasa terasing dan tak penting dalam sesebuah organisasi itu. Lakukan mesyuarat berkala seperti mingguan atau bulanan dan sertakan mereka dalam mencapai keputusan jika boleh. 

5. Tak benarkan mereka bertanggungjawab atas sesetengah perkara

Pekerja mahukan majikan mereka berikan kepercayaan 100% dan biar mereka lakukan kerja sendiri. Majikan yang suka kawal pekerja dan tak beri langsung peluang untuk mereka membuat keputusan amatlah merunsingkan. Majikan yang terbaik adalah mereka yang menggalakkan pekerjanya untuk bebas, buat keputusan sendiri dan berikan tanggungjawab lebih. 

6. Moral yang lemah

Salah satu cara untuk nak tingkatkan nilai moral dalam diri setiap pekerja adalah dengan libatkan pekerja dalam aktiviti-aktiviti kebajikan. Sebagai contoh, sediakan 8-10 jam berbayar setiap bulan untuk pekerja menyertai sebarang aktiviti kemanusiaan.

Ingat! Emosi majikan akan mempengaruhi kegembiraan pekerjanya. Berikan layanan yang setimpal dan sudah pasti mereka tak akan cari kerja yang lain.