CEO Ini Saran Korang Praktikkan 4 Tips Kalau Korang Nak Cepat Naik Pangkat!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

CEO Ini Saran Korang Praktikkan 4 Tips Kalau Korang Nak Cepat Naik Pangkat!

post by Izuan

by Izuan

May 31, 2022
pada 11:10 AM

Sebelum ini kami pernah dedahkan kepada anda bahawa sebab kenapa susah sangat nak naik pangkat walaupun dah kerja bertahun-tahun, tapi kali ini kami berbesar hati nak ajar tolong korang cepat naik pangkat dengan cepat! Nota ini khas ditujukan kepada mereka yang baru memulakan pekerjaan mahupun yang dah lama.

Kami beri jaminan ini 100% berkesan kerana tips ini dikongsikan oleh CEO sendiri! Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai beratus orang pekerja di bawahnya beliau mempunyai ciri-ciri yang menarik minat dari pandangan peribadi dan professional terhadap pekerjanya untuk dilantik dan ditawarkan untuk naik pangkat. 

Ada Banyak Kerja kosong Dekat MAUKERJA. Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK LINK NI

Mesti korang tertanya-tanya apa yang dapat meanrik minat bos korang kan? Jadi korang baca ini, hafal dan mula praktikkan tips/petua tersebut hari ini! 

1. Tunjukkan Sikap Kepimpinan

Sama ada anda seorang pelatih atau pekerja baru, terdapat banyak cara untuk menunjukkan anda mempunyai ciri-ciri menjadi seorang pemimpin. Macam mana? Korang hanya perlu tunjukkan keyakinan dan integriti, sentiasa ingin tahu dan memahami tugas anda.

CEO sentiasa mencari seorang pemimpin baru kerana, bagi mereka adalah lebih baik beri jika beliau beri tawaran naik pangkat kepada pekerjanya yang dah tahu selok belok syarikat berbanding dengan hire orang luar dalam sesebuah jawatan tersebut kerana anda lebih berpotensi untuk mengasilkan 'produk' yang berkualiti dalam syarikat tersebut

2. Kerja Berpasukan

Pekerja merupakan nadi organisasi, jadi kalau anda tak mampu untuk melakukan kerja dengan orang lain, bermaksa anda telah gagal. Selain menerima kesan buruk, sikap penting diri sendiri akan menjejaskan kerjaya anda. Dalam penilaian prestasi tahunan, sesiapa sahaja yang mempunyai masalah dalam kerja berpasukan memang susah nak mendapat perhatian pemimpin.

3. Berterus Terang Dengan Masalah Dalaman

Boss manalah yang tak suka aklau dapat sesuatu berita yang menggembirakan terhadap kualiti dan prestasi syarikat, namuan jangan sesekali rahsiakan masalah dalaman pasukan. Terus terang suapaya anda tidak dianggap sebagai menindas pekerja lain, kadang-kadang masalah yang kecil itu boleh memberi impak yang besar pada masa akan datang.

Jadi, jangan sesekali sembunyikan masalah demi menampakkan diri anda sebagai seorang yang sempurna di mata boss, jika mereka dapat tahu biasanya mereka takkan tuding jari di depan anda tapi nama anda tidak akan tersenarai untuk sebarang tawaran kenaikan jawatan kelak.

4. Jangan Gelojoh!

Seorang orang dalam mana-mana peringkat kerja sekalipun takkan mampu melakukan tugasan yang banyak dengan sendirinya. Sikap anda yang tak mempercayai rakan sepasukan akan 'tumbang' juga suatu hari nanti. Memanglah boss beri kepercayaan kepada anda untuk laksanakan sesebuah tugas secara tiba-tiba, tapi anda juga harus ada sikap percayakan rakan sekerja lain untuk bantu 'cover' tugas anda yang lain-lain.

Ikut sepertimana yang boss lakukan terhadap diri korang, dimana beliau meletakkan kepercayaaan terhadap orang lain untuk melaksanakannya.

Ada Banyak Kerja kosong Dekat MAUKERJA. Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK LINK NI