Hidup ini akan lebih gembira jika kita wujudkan hubungan yang lebih mendalam dan bermakna. Bukan hanya bual kosong sekadar untuk mengisi masa, tetapi betul-betul mendengar dan berkomunikasi secara terperinci. Ada jenis orang yang gemar berkomunikasi secara mendalam, yang bermakna dia lebih gemar kalau bualkan satu topik dan masing-masing beri pendapat dan pandangan secara serius, bukan hanya mengangguk tanda mendengar.









