4 Sebab Kenapa Pelajar Praktikal Lagi Boleh Harap Berbanding Staff
# Pengetahuan Pekerja

4 Sebab Kenapa Pelajar Praktikal Lagi Boleh Harap Berbanding Staff

post by Izuan

by Izuan

Jan 12, 2020
pada 6:58 PM

Kalau kita perhatikan, banyak majikan lebih gemar mencari pelajar praktikal berbanding dengan pekerja baharu, perkara utama yang kita dengar adalah untuk 'cut cost' tapi sebenarnya ada beberapa sebab lain kenapa majikan lebih gemar ambil pelajar praktikal.

Bagi pelajar-pelajar pula, lakukan yang terbaik sepanjang waktu tersebut. Kalau majikan berpuas hati dengan prestasi korang, mereka akan terus ambil korang bekerja, tapi kalau tak dapat walaupun dikerah mengalahkan staff? Tak apa anggap sahaja lah yang korang sudah mempunyai pengalaman di syarikat tersebut kerana mungkin adalah peluang yang lebih cerah menanti korang.

1. Gaji Murah

Kebanyakkan syarikat sekarang akan memberikan elaun kepada pelajar praktikal walaupun sikit, tapi bebanan kerja mereka mengalahkan staff. Jika mereka perlu lebih kerja, majikan tak perlu membayar lebih kerana kontrak perjanjian telah menetapkan mereka hanya dapat elaun bulanan sahaja. Itu sebab lah majikan lebih mengharapkan pelajar praktikal untuk kerja lebih masa. Dibuli? Anggap saja korang nak menimba pengalaman.

2. Lebih Rajin & Semangat

Mereka ada eager untuk menimba pengalaman, jadi mereka tak kisah kalau disuruh melakukan kerja lebih. Apa yang majikan arahkan mereka sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik selain daripada rajin bertanya dan menghulurkan bantuan jika mereka tiada sebarang tugasan pada waktu tersebut.

Kebiasaanya, staff tiada semangat atau malas melakukan kerja-kerja remeh, jadi pelajar praktikal adalah orang yang majikan akan cari untuk menyiapkan tugasan kecil tersebut. Kadang-kadang kerja remeh ini boleh memberi impak besar kepada prestasi syarikat. 

3. Idea Lebih Fresh

Kadang-kadang cadangan yang dibentangkan oleh pelajar-pelajar praktikal ini lebih segar, kerana 'orang lama' sudah ketandusan idea. Mungkin pada awalnya idea mereka tak boleh diguna pakai kerana masih belum memahami selok belok syarikat dan tugasan mereka. Namun setelah mereka menguasai kemahiran dalam tugasan tersebut,mereka lebih mampu memerikan idea yang jauh lebih gempak berbanding dengan senior staff. 

4. Susah Nak Katakan 'Tidak'

Seperti yang dikatakan tadi, tugasan lebih diberikan bukan satu halangan kepada mereka. Tak seperti staff yang dah bertahun-tahun kerja, alasan 'banyak kerja' akan digunakan kepada boss jika diberi tugasan. Hujung-hujung pelajar praktikal juga yang dicari, walaupun mereka ambil masa agak lama nak siapkan kerja mudah, sekurang-sukarangnya ada yang membantu