Ucapan Hari Raya Beserta Pantun Hari Raya, Confirm Win!
# Trending Semasa # Others

Ucapan Hari Raya Beserta Pantun Hari Raya, Confirm Win!

post by Muni

by Muni

Apr 2, 2025
pada 8:36 AM

Ucapan Hari Raya Beserta Pantun Hari Raya, Confirm Win!

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir! Inilah masanya untuk mengeratkan silaturahim dengan keluarga, sahabat, dan rakan sekerja. Selain memberi salam dan bermaaf-maafan, ucapan Hari Raya yang kreatif dan pantun Hari Raya yang menarik boleh menceriakan suasana.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi pelbagai idea ucapan dan pantun Hari Raya yang confirm buat penerima tersenyum. Jom baca sampai habis!

Tarikh Raya 2025

Berdasarkan kalendar Islam, tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 dijangka jatuh pada Isnin, 31 Mac 2025, tertakluk kepada pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Bagi umat Islam, Hari Raya Aidilfitri menandakan kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Sempena tarikh penting ini, persiapan awal boleh dilakukan agar sambutan lebih meriah. Dari baju raya hingga ke ucapan dan pantun, pastikan anda bersedia untuk mengucapkan selamat Hari Raya dengan penuh gaya!

Baca Juga: Tarikh Puasa 2025 Dan Hari Raya 2025

Ucapan Hari Raya

Ucapan Hari Raya bukan sekadar kata-kata biasa. Ia melambangkan keikhlasan dan kasih sayang dalam menyambut Aidilfitri. Berikut beberapa contoh ucapan hari raya yang boleh anda gunakan:

Ucapan Hari Raya Formal

  • "Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kejayaan buat kita semua."

Ucapan Hari Raya untuk Keluarga

  • "Di hari mulia ini, kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan kepada semua."

Ucapan Hari Raya untuk Sahabat

  • "Selamat Hari Raya kawan! Semoga Syawal ini penuh makna dan menjadi titik permulaan untuk kehidupan yang lebih baik. Jangan lupa duit raya ya!"

Ucapan Hari Raya

Ucapan Hari Raya Kreatif

Nak beri ucapan yang lebih kreatif? Cuba yang ini:

  • Rendang dihidang, ketupat terikat, Syawal menjelang, Aidilfitri berkat. Selamat Hari Raya!
  • Duit raya sudah siap, kuih raya pun dah rapat, jangan marah kalau saya datang rumah buat lawat! Selamat Hari Raya!
  • Kalau salah, maaf dipinta, kalau terkasar, ampun dimohon. Semoga lebaran kali ini membawa kebahagiaan kepada kita semua!

Pantun Hari Raya

Pantun Hari Raya sentiasa menjadi pilihan untuk memeriahkan suasana. Berikut beberapa pantun menarik untuk anda:

Pantun Hari Raya Lawak

Baju baru cantik berseri,
Duduk di dapur tolong mak buat kuih,
Kalau salah dan silap diri,
Jangan marah, maafkan aje lah!

Pantun Hari Raya Mesra

Kuih lapis di atas meja,
Ketupat rendang enak terasa,
Hari Raya mari gembira,
Jangan lupa kunjung saudara!

Pantun Hari Raya

Pantun Raya Klasik

Bagi yang menggemari pantun klasik, berikut adalah beberapa pilihan:

Pantun 4 Kerat

Burung merpati terbang tinggi,
Mendarat di dahan pohon kemboja,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf salah dan dosa.

Pantun Raya Penuh Makna

Di pagi Syawal riang gembira,
Melangkah ke masjid, hati bahagia,
Salam dihulur, maaf dipinta,
Agar bersih segala dosa.

Baca Juga: Boleh Ke Majikan Suruh Kerja Masa Cuti Umum? Ini Jawapannya

Sementara Nak Sambut Raya, Jom Cari Kerja Di Portal Maukerja

Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga peluang untuk mempereratkan hubungan. Dengan ucapan dan pantun yang kreatif, sambutan akan menjadi lebih bermakna. Jangan lupa gunakan ucapan dan pantun ini untuk menceriakan suasana Raya tahun ini!

Sementara menyambut Raya, bagi yang mencari peluang pekerjaan, jom cari kerja di portal Maukerja dengan guna DROP RESUME untuk mendapatkan kerja impian anda dengan cepat!

Drop resume


Soalan Lazim

1. Bila Hari Raya Aidilfitri?

Hari Raya Aidilfitri 2025 dijangka jatuh pada Isnin, 31 Mac 2025, tertakluk kepada pengumuman rasmi.

2. Apakah contoh ucapan Hari Raya yang sesuai?

Ucapan seperti "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin" sesuai untuk semua, termasuk keluarga dan rakan.

3. Bagaimana cara memberikan ucapan Raya yang kreatif?

Gunakan elemen humor, rima, atau permainan kata seperti "Syawal tiba, hati ceria, jangan lupa hulur duit raya!"

5. Di mana boleh cari kerja selepas Hari Raya?