Niat Puasa 6 Syawal Dan Kelebihan Puasa 6 Ramai Tak Tahu
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Niat Puasa 6 Syawal Dan Kelebihan Puasa 6 Ramai Tak Tahu

post by Ani

by Ani

Mar 23, 2026
pada 6:48 AM

Niat Puasa 6 Syawal Dan Kelebihan Puasa 6 Ramai Tak Tahu

Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah amalan sunat yang sangat dianjurkan bagi umat Islam. Ia merupakan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar dari Allah SWT. Dalam artikel ini, kami di Maukerja akan memberitahu cara melaksanakan puasa 6 Syawal beserta niat puasa yang perlu dibuat.


Niat Puasa 6 Syawal

Berikut adalah lafaz niat untuk melaksanakan puasa 6, "Sahaja aku berniat berpuasa 6 hari dari bulan Syawal kerana Allah Taala."

Niat Puasa 6 Syawal

drop resume


Apa Kelebihan Puasa 6?

Keistimewaan Puasa Sunat 6 di bulan Syawal ni menurut sebuah hadis yang disampaikan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah ialah “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, lalu diikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan berpuasa sepanjang tahun.”

Kelebihan Puasa 6 Hari Dalam Bulan Syawal:

  • Pahala Sepanjang Tahun: Melaksanakan Puasa Enam Syawal memberikan pahala yang setara dengan berpuasa sepanjang tahun. Inilah kesempatan emas untuk menambah amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Menyempurnakan Puasa Ramadan: Puasa di bulan Syawal juga membantu menyempurnakan ibadah puasa Ramadan. Ini adalah peluang untuk memastikan amalan ibadah kita diterima dengan baik oleh Allah SWT.
  • Kesempatan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT: Melaksanakan puasa ini juga membantu kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini menunjukkan kesungguhan kita dalam meningkatkan hubungan spiritual dengan-Nya.
  • Tanda Syukur Kepada Allah SWT: Puasa Enam Syawal juga merupakan tanda syukur kita kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan sepanjang bulan Ramadan. Dengan melaksanakan puasa ini, kita mengakui segala limpahan rahmat-Nya.
  • Bukti Keikhlasan: Puasa ini juga merupakan bukti keikhlasan dalam menjalani amalan ibadah sepanjang bulan Ramadan. Ini menunjukkan kesediaan kita untuk terus beribadah walaupun setelah berakhirnya bulan Ramadan.

Kelebihan Puasa 6

Kelebihan Puasa 6 Syawal

Jangan lepaskan peluang untuk meraih pahala puasa 6 yang hanya datang setahun sekali ni tau!

Kerja Dari Rumah

Puasa 6 hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara:

  • berturut-turut,
  • berselang-seli, atau
  • pada mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Walau bagaimanapun, cara yang paling digalakkan adalah melaksanakan puasa secara berturut-turut bermula dari hari kedua bulan Syawal. 

Baca Juga: Amalan Sunat Hari Raya Yang Terbaik Boleh Diamalkan


Adakah Puasa Enam Boleh Disekalikan Dengan Puasa Ganti?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menggabungkan ganti puasa wajib dengan puasa sunat adalah diperbolehkan.  Walau bagaimanapun, menurut mazhab Syafie, lebih utama untuk melakukannya pada hari-hari yang berbeza.

Adakah Puasa Enam Boleh Disekalikan Dengan Puasa Ganti?


Niat Puasa 6 Dan Ganti

Berikut adalah lafaz niat untuk melaksanakan puasa 6 dan ganti sekaligus, "Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala"

niat puasa 6 dan ganti