
by Muni
Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, jumlah pekerja warga asing yang aktif di Malaysia dianggarkan seramai 2 juta orang yang telah berdaftar. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa lima kumpulan warga asing terbesar di Malaysia adalah dari Bangladesh, Indonesia, Nepal, Myanmar, dan India. Setiap pekerja asing yang masuk ke Malaysia perlu didaftarkan di bawah peruntukan Akta Imigresen 1956/63.
Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja di semua sektor di Malaysia. Hanya beberapa sektor yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing, antaranya sektor perkhidmatan. Pengambilan pekerja asing ini telah diamalkan sejak tahun 1980-an sebagai respons kepada keperluan pembangunan negara dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Baca Juga: 6 Jenis Cuti Pekerja Yang Diperuntukkan Dalam Akta Pekerja
Majikan yang ingin menggaji pekerja asing perlu mendapatkan kelulusan dan kebenaran yang diperlukan. Pekerja asing juga perlu memperolehi pas pekerjaan yang betul untuk bekerja di Malaysia. Berikut adalah ringkasan jenis pekerja asing yang dibenarkan berdasarkan sektor pekerjaan:
Bagi majikan yang ingin menggajikan pekerja asing, mereka perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kementerian Sumber Manusia. Antara syarat yang digariskan adalah:
Kerajaan Malaysia membenarkan pengambilan pekerja asing untuk memenuhi keperluan pembangunan negara, namun keutamaan tetap diberikan kepada warganegara tempatan. Majikan yang ingin mengambil pekerja asing dinasihatkan untuk mengenal pasti sektor pekerjaan dengan betul, mematuhi peraturan penggajian pekerja asing yang ditetapkan, dan membantu proses permohonan pendaftaran pas bekerja.
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: