Lulusan SPM Bukan Halangan Untuk Peroleh Gaji Lebih Daripada Rm1,500 Sebulan Dengan 3 Kerja Ini
# Jenis Pekerjaan

Lulusan SPM Bukan Halangan Untuk Peroleh Gaji Lebih Daripada Rm1,500 Sebulan Dengan 3 Kerja Ini

post by Khair

by Khair

Jul 20, 2016
pada 3:09 AM

Pada dunia hari ini walaupun korang hanya mempunyai kelulusan SPM itu tak bermakna yang korang tak mampu untuk mendapat kerja yang gajinya mampu menlangkaui RM1800 atau lebih! Susaah nak percayakan? Admin pun rasa perkara yang sama pada mulanya tapi sekarang bila korang dah tahu janganlah pula lepaskan peluang ni mentah-mentah.

Bukan saja gaji yang memuaskan hati tapi ada juga faedah lain yang ditawarkan syarikat bila korang dapat perform dengan baik! Jom kita lihat tiga kerja yang paling top yang korang boleh pertimbangkan untuk memohon walaupun dengan kelulusan SPM :

1. Restaurant & Cafe Crew

Bekerja sebagai crew di sebuah restaurant atau cafe adalah satu pilihan yang korang boleh buat untuk bekerja secara full-time atau separuh masa. Antara tugasan utama pekerjaan ini ialah untuk membantu memastikan servis layanan di restaurant berada di tahap yang paling baik! Korang akan ditugaskan untuk menyambut pelanggan yang ingin menjamu selera di restaurant  dan juga memastikan pelanggan berpuas hati dengan layanan korang sepanjang mereka di situ.

Sebagai crew di kedai makan ataupun cafe korang akan membantu menghidangkan makanan dan minuman yang telah dipesan pelanggan di samping memastikan keadaan sekeliling restaurant sentiasa bersih mengikut standard piawaian yang ditetapkan. 

Klik link ini untuk kerja kosong sebagai restaurant dan cafe crew!

2. Admin Atau Kerani

Pekerjaan ini biasanya dilakukan di kebanyakan pejabat di syarikat-syarikat besar untuk menguruskan segala permintaan dan pertanyaan daripada pelanggan dan rakan kongsi syarikat dengan lebih sistematik. Korang juga akan bertanggungjawab untuk menjawab panggilan, membalas email dan menguruskan perihal surat-menyurat.

Menjadi admin juga memerlukan korang untuk menyusun dan menjaga segala dokumen-dokumen penting syarikat dengan mempunyai sistem pemfailan yang teratur dan efektif agar memudahkan segala pencarian dokumen ketika diperlukan majikan. 

Klik link ini untuk kerja kosong sebagai admin atau kerani!

3. Promoter

Promoter adalah pekerjaan yang sering dilakukan oleh pelajar secara part time kerana ia menawarkan gaji yang cukup masyuk. Tugasan sebagai promoter tak lain tak bukan ialah mempromosikan produk kepada pelanggan dan mengendalikan soalan-soalan, aduan dan isu-isu berkenaan produk yang dijual.

Jika korang berjaya menjadi promoter yang mampu mencapai sasaran jualan korang pasti akan mendapat pulangan atau ganjaran yang lebih besar daripada syarikat. Untuk menjadi promoter yang berjaya korang perlu memastikan standard harga, perkhidmatan pelanggan serta keselamatan produk perlu dipatuhi dan dijaga dengan baik.

Selain itu, korang perlu memastikan semua bekalan barangan dan produk mencukupi serta sentiasa mengikut strategi pemasaran yang dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh syarikat. 

Klik link ini untuk kerja kosong sebaga promoter!

Lawati website rasmi Maukerja untuk pelbagai lagi jawatan kosong di www.maukerja.com