Selamat Hari Bapa 2025: Cara Menyambut dan Idea Ucapan
# Trending Semasa

Selamat Hari Bapa 2025: Cara Menyambut dan Idea Ucapan

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Oct 6, 2025
text.at 11:32 AM

Selamat Hari Bapa 2025: Ini Cara Menyambut dan Idea Ucapan Hari Bapa

Apa Itu Hari Bapa & Bila Disambut di Malaysia?

Hari Bapa ialah hari khas untuk menghargai insan bergelar ayah. Lelaki yang menjadi tiang utama dalam keluarga. Di Malaysia, Hari Bapa 2025 akan disambut pada Ahad, 15 Jun 2025.

Walaupun nampak sederhana, sambutan ini sebenarnya penuh makna. Ia bukan sekadar memberi hadiah atau ucapan, tapi momen untuk luahkan rasa terima kasih, cinta dan penghargaan kepada insan yang banyak berkorban tanpa mengeluh.


Sejarah Hari Bapa Yang Pekerja Patut Tahu

Sambutan ini bermula pada tahun 1910 di Spokane, Washington, hasil idea seorang wanita bernama Sonora Smart Dodd. Beliau mahu menghargai bapanya iaitu seorang veteran perang yang membesarkan enam anak sendirian selepas kehilangan isteri.

Walaupun sambutan itu pada mulanya kecil, lama-kelamaan ia menjadi tradisi di seluruh dunia. Pada tahun 1972, Presiden Richard Nixon akhirnya mengisytiharkan Hari Bapa sebagai perayaan rasmi di Amerika Syarikat. Dari situ, sambutan ini terus berkembang hingga ke Malaysia.

Sonora Smart Dodd

Gambar: Sonora Smart Dodd

Kalau awak tengah fikir nak sambut macam mana tahun ni, jom tengok beberapa aktiviti best dan meaningful yang boleh dibuat bersama ayah:

1. Beri Hadiah

Tak perlu mahal pun. Hadiah kecil yang ada nilai sentimental pun dah cukup buat hati ayah tersentuh. Contohnya — jam tangan, pakaian, buku kegemaran, atau alat hobi ayah.

2. Makan Bersama Keluarga

selamat hari bapa

Sama ada masak sendiri atau keluar makan di restoran kegemaran ayah, makan bersama selalu jadi detik paling bermakna. Kadang bukan makanannya, tapi masa berkualiti tu yang ayah hargai.

3. Aktiviti Luar

Kalau ayah jenis aktif, cuba plan aktiviti seperti berkelah, memancing, atau main badminton. Selain seronok, ia juga dapat kuatkan bonding keluarga.

4. Menulis Ucapan Hari Bapa

Ucapan yang datang dari hati lebih mahal daripada hadiah fizikal. Tulis surat, buat kad, atau rakam video ucapan untuk ayah. Confirm ayah akan simpan sampai bila-bila.

ATS Checker


Ucapan Hari Bapa 2025

Jika anda mencari idea untuk ucapan Hari Bapa, berikut adalah beberapa contoh yang boleh anda gunakan:

ucapan-hari-bapa-maukerja

  1. Selamat Hari Bapa, Ayah! Terima kasih kerana sentiasa menjadi pahlawan dan pelindung keluarga kita. Kami sayang ayah!
  2. Ayah, anda adalah inspirasi dan teladan terbaik dalam hidup kami. Selamat Hari Bapa dan terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang anda berikan.
  3. Selamat Hari Bapa kepada ayah yang terbaik di dunia! Kami bersyukur kerana mempunyai ayah seperti anda yang sentiasa menyayangi dan menyokong kami.
  4. Hari ini adalah hari yang istimewa untuk menghargai ayah yang istimewa. Selamat Hari Bapa, Ayah. Semoga Tuhan sentiasa memberkati ayah dengan kesihatan dan kebahagiaan.
  5. Selamat Hari Bapa, Ayah! Terima kasih kerana sentiasa ada untuk kami dalam suka dan duka. Kami sangat menghargai semua yang anda lakukan untuk keluarga ini.
  6. Selamat Hari Bapa, Ayah! Terima kasih sebab jadi pelindung dan inspirasi hidup kami. Kami sayang ayah!
  7. Ayah, pengorbanan ayah tiada tandingan. Semoga sentiasa sihat dan bahagia. Kami bangga ada ayah seperti anda.
  8. Hari ini khas untuk ayah yang luar biasa! Terima kasih atas kasih sayang dan semangat ayah selama ini.
  9. Selamat Hari Bapa! Doa kami semoga ayah terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus tersenyum bersama keluarga.
  10. Ayah, terima kasih sebab selalu ada dalam setiap suka dan duka. Kami sangat menghargai semuanya.

Senarai kerja kosong yang dekat dengan LRT atau MRT <


Tarikh Hari Bapa di Malaysia Disambut Bila?

Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun. Pada tahun 2025, tarikh sambutan Hari Bapa adalah pada 15 Jun. Tarikh ini dipilih agar mudah diingati dan memberikan peluang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama pada hujung minggu.


Kenapa Hari Bapa Penting?

Sebab kadang-kadang kita terlalu fokus pada ibu, sampai lupa lelaki kuat di belakang keluarga.

Bapa bukan sekadar pencari nafkah, tapi juga pendidik, pelindung, dan penyokong utama. Hari Bapa ialah peluang untuk kita menyatakan rasa terima kasih yang mungkin jarang terucap.

Satu hari untuk ucap “Terima kasih, ayah” sebenarnya boleh buat hati mereka berbunga seminggu!


Idea Aktiviti Keluarga untuk Hari Bapa

Selain memberi hadiah dan menulis ucapan, berikut adalah beberapa idea aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bapa pada Hari Bapa:

1. Mengadakan BBQ di Rumah

Mengadakan BBQ di rumah adalah cara yang baik untuk meraikan Hari Bapa dalam suasana santai dan menyeronokkan. Anda boleh menyediakan hidangan kegemaran bapa dan menikmati masa bersama keluarga di halaman rumah.

2. Menonton Filem Kegemaran

Menghabiskan masa menonton filem kegemaran bapa adalah satu lagi cara yang baik untuk menyambut Hari Bapa. Anda boleh menonton filem klasik atau siri TV yang disukai oleh bapa anda sambil menikmati makanan ringan bersama.

3. Berkunjung ke Tempat Menarik

Jika bapa anda gemar melancong, anda boleh merancang lawatan sehari ke tempat-tempat menarik seperti taman tema, muzium, atau kawasan rekreasi. Ini adalah peluang baik untuk meluangkan masa bersama dan mencipta kenangan indah.

4. Mengambil Gambar Keluarga

Mengambil gambar keluarga adalah cara yang baik untuk mengabadikan kenangan indah pada Hari Bapa. Anda boleh mengupah jurugambar profesional atau hanya menggunakan kamera telefon pintar untuk menangkap saat-saat istimewa bersama bapa anda.


Kesimpulan

Hari Bapa 2025, yang jatuh pada 15 Jun, bukan sekadar sambutan tahunan. Ia hari untuk kita menghargai segala pengorbanan dan kasih seorang ayah.

Tak kira bagaimana cara awak sambut..dengan hadiah, ucapan, atau sekadar pelukan, yang penting adalah ikhlas dari hati. Jadi tahun ni, jangan lupa luangkan masa dengan ayah. Dia mungkin tak selalu tunjuk, tapi kasih sayangnya sentiasa ada.


Dah Rancang Hadiah Untuk Ayah, Tapi Diri Sendiri Dah Ready Ke Untuk Kerjaya Baru?

Kalau awak tengah cari kerja lebih stabil atau nak upgrade kerjaya supaya boleh bahagiakan ayah. Jom, mula sekarang!

  • AI Job Matcher – biar AI cari kerja yang betul-betul sesuai dengan awak.
  • Drop Resume – hantar resume sekali je, biar kerja datang cari awak.
  • Walk In Interview – nak kerja cepat? Terus pergi temuduga tanpa tunggu panggilan.

Jangan tunggu sampai peluang tu hilang. Buktikan dekat ayah yang awak juga boleh jadi kebanggaan keluarga!


Soalan Lazim (FAQ) Tentang Hari Bapa 2025

1. Bila Hari Bapa 2025 disambut di Malaysia?
Hari Bapa 2025 jatuh pada Ahad, 15 Jun 2025, iaitu minggu ketiga bulan Jun.

2. Kenapa kita sambut Hari Bapa?
Untuk menghargai jasa, kasih sayang, dan pengorbanan bapa yang sentiasa ada untuk keluarga.

3. Apa aktiviti menarik boleh buat masa Hari Bapa?
Antaranya BBQ, movie night, lawatan keluarga, atau beri hadiah kecil yang bermakna.

4. Apa ucapan terbaik untuk Hari Bapa?
Ucapan yang jujur dan datang dari hati contohnya “Terima kasih ayah atas segalanya, kami bangga ada ayah seperti anda.”

5. Perlu ke sambut Hari Bapa setiap tahun?
Ya, sebab setiap tahun adalah peluang baru untuk tunjukkan penghargaan yang mungkin tak sempat kita ucap sebelum ini.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: