
by AzSyuk
Mendapatkan pekerjaan yang diimpikan memerlukan usaha yang tidak sedikit. Proses seperti temu duga, ujian, dan saringan adalah antara cabaran yang perlu dihadapi. Namun, ada juga yang cuba menggunakan 'cable' atau 'orang dalam' untuk memudahkan laluan mereka. Tapi, adakah tindakan ini dibenarkan dari segi hukum agama?
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, telah menjelaskan tentang situasi-situasi yang membolehkan atau mengharamkan penggunaan 'cable' untuk mendapatkan kerja. Menurut beliau, terdapat dua situasi utama yang membezakan sama ada tindakan ini dibolehkan atau tidak.
Jika penggunaan cable itu bertujuan untuk memudahkan urusan tanpa mengambil hak orang lain, ia dibolehkan. Contohnya, jika anak kita bekerja dalam organisasi yang kita ingin mohon pekerjaan, kita boleh meminta bantuannya untuk mendapatkan borang permohonan atau menghantar dokumen. Dalam keadaan ini, kita hanya mempermudahkan urusan, bukan mencuri peluang orang lain.
Sebaliknya, jika cable digunakan untuk mendapatkan kerja tanpa melalui proses saringan yang sepatutnya, ia adalah haram. Contohnya, jika seseorang mendapat pekerjaan atau projek tanpa melalui proses undian atau penilaian yang adil hanya kerana menggunakan kabel, ia adalah satu penipuan dan penganiayaan terhadap hak orang lain.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memberikan pandangan mereka mengenai isu ini. Mereka melihatnya dari dua perspektif berbeza.
Jika seorang majikan memilih pekerja kerana mengenali mereka yang datang dari keluarga miskin tetapi memiliki kompetensi dan kelayakan yang diperlukan, maka tindakan ini adalah harus. Ini kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan layak.
Namun, jika pemilihan pekerja dibuat atas dasar kenal semata-mata tanpa mengambil kira kompetensi atau kelayakan, seperti melalui sogokan atau hubungan keluarga, ia adalah haram. Ini kerana tindakan tersebut menzalimi hak orang lain dan mencipta budaya kerja yang tidak sihat.
Tanpa kita sedar, budaya menggunakan kroni atau cable boleh membawa kepada persekitaran kerja yang toksik dan tidak adil. Oleh itu, adalah penting untuk kita berusaha sendiri dan memastikan bahawa setiap peluang yang kita dapat adalah hasil usaha yang jujur dan adil.
Marilah kita berusaha untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang halal dan berkat, serta menghindari tindakan yang boleh menzalimi orang lain. Jika anda mencari kerja dengan lebih mudah dan senang boleh terus drop resume anda di Maukerja.

Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: