

by Maukerja Team
Kecerdasan Buatan (AI): Definisi dan Kepentingan
AI, atau Artificial Intelligence, merujuk kepada kemampuan mesin atau komputer untuk meniru tingkah laku serta pemikiran manusia. Dikenali sebagai kecerdasan buatan dalam Bahasa Melayu, AI telah menjadi satu cabang sains yang mendapat perhatian di Malaysia sejak beberapa tahun ini. Dalam era digital, AI dianggap sebagai keperluan yang penting untuk masyarakat terus bersaing.
Secara konsepnya, AI dibangunkan dengan melatih serta memasukkan input tertentu seperti data dan ribuan percubaan ke dalam mesin atau komputer. Dengan maklumat ini, mesin atau komputer dapat mempelajari kaedah untuk menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas. Berikut adalah beberapa contoh teknologi AI yang boleh dilihat pada masa kini:
1. Pembantu Maya (Virtual Assistant)
2. Sistem Pengesanan Wajah
3. Pemanduan Autonomi
4. Terjemahan Bahasa
5. Penghasilan Teks dan Visual
Penggunaan AI di Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah berkongsikan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan (AI-Rmap) serta beberapa inisiatif untuk pembangunan teknologi di Malaysia. AI-Rmap ini dijadikan dokumen rujukan bagi memacu teknologi khusus, sistem pintar canggih, serta analitik tambahan dalam lima bidang keutamaan negara:
Antara kaedah pengaplikasian AI di Malaysia adalah penilaian automatik dalam bidang pendidikan bagi memudahkan keputusan pelajar dimuat naik oleh guru dan memudahkan rujukan pelajar. Dalam bidang perubatan, AI berpotensi membantu menguruskan rekod pesakit dan memudahkan pencarian data.
Dengan perkembangan pesat teknologi AI, terdapat banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengannya, termasuk:
1. Pembangun Perisian AI (AI Software Developer)
2. Penganalisis Data (Data Analyst)
3. Jurutera Pembelajaran Mesin (Machine Learning Engineer)
4. Penyelidik AI (AI Researcher)
5. Pakar Keselamatan Siber AI (AI Cyber Security Expert)
Dengan memahami apa itu AI dan peranannya dalam aktiviti harian, kita dapat melihat bahawa teknologi ini mempunyai potensi yang tinggi dan perlu diteroka sebaiknya. AI diharap dapat memberikan impak positif kepada perkembangan negara serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia untuk menjadi masyarakat berdaya saing.
Kalau anda berminat dengan semua gaji pekerjaan di atas, anda boleh mengetahui gaji pasaran untuk pekerjaan di Salary Checker Maukerja!
Ingin mencari pekerjaan yang berkaitan dengan AI? Atau ingin bekerja sebagai Software Engineer? Klik sahaja link disini untuk lihat semua pekerjaan yang berkaitan dengan AI ataupun Software Engineer!
Jika anda penat mencari kerja berkaitan AI, jangan risau. Maukerja mempunyai lebih daripada 1,000,000 peluang pekerjaan menanti anda! Anda hanya perlu hantar resume anda dan majikan akan menghubungi anda melalui WhatsApp.
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: