Menyesal Selepas Beli Kereta H harga RM100k Tapi Gaji Hanya RM4,000 !
# Trending Semasa

Menyesal Selepas Beli Kereta H harga RM100k Tapi Gaji Hanya RM4,000 !

post by AzSyuk

by AzSyuk

Jul 11, 2024
pada 9:58 AM

Menyesal Selepas Beli Kereta H harga RM100k Tapi Gaji Hanya RM4,000 !



Baru-baru tular dimana  seorang lelaki muda bernama Mohamad yang terjebak dengan keputusan yang tergesa-gesa: membeli sebuah Honda Civic baharu yang bernilai lebih daripada RM100,000, padahal pendapatannya hanya RM4,000 sebulan. Berbual dengan Harian Metro, Mohamad dengan jujur mengaku dia terpengaruh oleh rakan-rakannya untuk memiliki kereta ini demi mendapat pengiktirafan.

Dia sebenarnya harap rakan-rakannya akan kagum, tapi akhirnya, dia sendiri yang terpaksa menanggung semua bebanan kewangan. "Selepas beli kereta tu, baru lah saya sedar yang gaji RM4,000 saya tak cukup untuk bayar semua hutang bulanan lain," Mohamad berkongsi dengan rasa menyesal.

 

 

Mohamad, yang baru berusia 26 tahun, juga kena tanggung kos-kos lain macam insurans kereta, cukai jalan, penyelenggaraan, sewa rumah, yuran parkir, insurans peribadi, tol, dan makanan harian. Lagi teruk, dia guna kad kredit untuk menampung keperluan bulanan, yang buatkan masalah kewangannya tambah teruk. "Ada masa tu saya terpaksa guna kad kredit untuk belanja bulanan. Keputusan beli kereta tu memang salah, sebab dia buatkan saya kena atur semula hutang," katanya dengan nada menyesal.
 

Bagi memastikan kita semua dapat mengelak dari kesilapan serupa, berikut adalah beberapa nasihat praktikal dalam menguruskan kewangan anda dengan bijak:

  • Buat Perancangan Kewangan yang Teliti: Sebelum membuat keputusan besar seperti membeli kereta atau rumah, pastikan anda membuat perancangan kewangan yang teliti. Nilai semula pendapatan bulanan anda, tentukan berapa banyak yang boleh anda peruntukkan untuk bayar hutang dan berapa banyak untuk perbelanjaan harian.
  • Elakkan Hutang yang Tidak Perlu: Hutang bukanlah perkara yang buruk jika digunakan dengan bijak. Namun, pastikan hutang itu untuk perkara yang benar-benar penting dan mampu dibayar semula tanpa memberatkan keadaan kewangan anda.
  • Kenal Pasti Keperluan sebenar: Jangan terlalu terpengaruh dengan keinginan untuk menunjukkan pada orang lain. Sentiasa kenal pasti dan berbelanja dengan seberapa mampu diri. Lebih penting untuk membayar hutang sebelum mengelak dari masalah yang boleh terjadi

 

Kisah Mohamad memang jadi pengajaran buat kita semua, supaya kita lebih bijak dalam uruskan duit. Kita kena faham betul-betul kemampuan kewangan sebelum buat keputusan besar macam beli kereta mahal. Dalam dunia ekonomi yang mencabar ni, kewangan kita kena diurus dengan bijak supaya kita boleh hidup lebih stabil dan selesa. Mohamad punya kisah bukan sekadar cerita dia sendiri, tapi juga jadi pengajaran buat kita semua tentang betapa pentingnya buat pilihan yang betul-betul fikirkan masak-masak, khasnya bila nak buat belanja besar macam ni.