

by Ani
Pada tahun 2024, kerajaan Malaysia memperkenalkan satu inisiatif baru bernama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan mengurangkan beban kos sara hidup. Penerima SARA akan mula menerima bantuan ini bermula 12 Ogos 2024.
.jpeg)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah satu program subsidi bersasar yang ditambah baik untuk membantu golongan miskin tegar dan miskin di Malaysia. Melalui bantuan ini, penerima dapat membeli barang keperluan asas di kedai-kedai runcit terpilih menggunakan MyKad.
Penerima SARA terdiri daripada mereka yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tersenarai dalam kategori miskin dan miskin tegar dalam rekod data eKasih. Kerajaan telah memperluaskan bantuan ini kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Untuk layak menerima bantuan SARA, penerima mesti memenuhi syarat berikut:
Tertanya-tanya berapa sebenarnya purata gaji dalam bidang anda? Jom, semak dengan menggunakan salary checker dari Maukerja untuk tahu sama ada anda underpaid atau tak.
BACA JUGA: Bantuan SARA RM100 Sebulan Dan Kategori Penerima SARA. Ini Apa Yang Anda Wajib Tahu...
Bantuan SARA akan diberikan berdasarkan kategori penerima:
Untuk penerima di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, bayaran akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 atau RM300 mengikut kategori.

Bagi memastikan anda layak menerima bantuan SARA, terdapat beberapa cara untuk membuat semakan kelayakan:
Penerima yang layak akan menerima surat pemakluman yang dihantar ke alamat berdaftar semasa permohonan STR (Skim Bantuan Tunai Rakyat) 2024. Surat ini akan menyatakan status kelayakan anda untuk menerima bantuan SARA.
Selain surat pemakluman, penerima SARA yang layak juga akan menerima notifikasi melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp dari MyKasih. Notifikasi ini akan mengesahkan status anda sebagai penerima SARA serta memberikan maklumat tentang tarikh dan masa sesi taklimat orientasi di kedai runcit terdekat.
Setelah mengesahkan penerimaan, akaun MyKasih akan dibuka menggunakan MyKad penerima. Elaun bulanan sebanyak RM100 atau RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun ini dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan di kedai runcit terpilih.
BACA JUGA: STR Fasa 3: Semakan STR Dan Jumlah Bayaran STR
Anda juga boleh membuat semakan kelayakan SARA secara langsung melalui portal rasmi berikut:
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan berikut:
Berikut adalah senarai barangan yang boleh dibeli oleh penerima program SARA di bawah kategori produk yang diluluskan oleh MyKasih:
Barangan keperluan asas yang termasuk dalam program SARA akan ditandakan dengan label khas untuk memudahkan rujukan oleh penerima.

1. Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barang-barang keperluan yang termasuk dalam 13 kategori produk yang dilabelkan dengan MyKasih di rak tanda harga.
2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan untuk pengesahan.
3. Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
4. Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor PIN 6-digit mereka untuk mengesahkan transaksi pembelian.
5. Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan harus menyimpan resit untuk semakan transaksi pembelian di masa akan datang.

Sebelum wujudnya aplikasi mudah alih, penerima bantuan perlu melayari portal rasmi MyKasih untuk menyemak baki SARA. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan melalui portal ini:

Selain portal MyKasih, penerima juga boleh menyemak baki SARA melalui resit pembelian. Setiap kali anda membuat pembelian menggunakan MyKad, baki terkini akan dicetak pada resit pembelian tersebut. Ini membolehkan anda mengetahui baki terkini setelah setiap transaksi.
Kini, dengan kemajuan teknologi, semakan baki SARA menjadi lebih mudah melalui aplikasi MyKasih. Aplikasi ini memudahkan penerima untuk mengakses baki sumbangan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Di samping mengharapkan bantuan kewangan daripada program SARA, anda juga boleh mengambil langkah untuk meningkatkan pendapatan dan mencapai kestabilan kewangan yang lebih baik. Salah satu cara ialah dengan mencari peluang pekerjaan baharu atau mengikuti kursus untuk menambah kemahiran.
Kalau anda ada sebarang persoalan nak tanya mengenai akta kerja dan lain-lain soalan berkaitan kerja, anda boleh join komuniti forum Maukerja disini > Join Komuniti Forum Maukerja <