

by Ani
Mencari tempat yang sesuai untuk bekerja di luar pejabat boleh menjadi cabaran, terutama jika anda perlukan suasana yang tenang dan selesa. Bagi mereka yang bekerja dari rumah atau freelancer, cafe yang menyediakan persekitaran kerja yang selesa sering menjadi pilihan utama. Kuala Lumpur mempunyai pelbagai pilihan work-friendly cafe yang tidak hanya menyediakan minuman yang sedap, tetapi juga mempunyai ruang yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti.
Sebelum anda decide untuk bekerja di cafe, penting untuk mengetahui apa itu cafe dan kriteria untuk memilih tempat yang sesuai. Cafe adalah tempat yang menyediakan minuman seperti kopi dan teh, dan sering kali dilengkapi dengan makanan ringan. Tetapi bukan semua cafe sesuai untuk bekerja. Anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor:
Berikut adalah senarai lima work-friendly cafe sekitar Kuala Lumpur yang pasti memudahkan anda untuk menyelesaikan tugasan dengan selesa.

Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, Bean Brothers menawarkan suasana yang menyegarkan dengan tingkap dari lantai hingga ke siling dan dekorasi yang dihiasi dengan kehijauan. Suasana ini memberikan rasa tenang, sesuai untuk fokus pada kerja. Selain itu, Bean Brothers juga mempunyai sijil halal, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mencari cafe halal Instagrammable di Kuala Lumpur.

Bagi anda yang mencari work-friendly cafe di Chinatown Kuala Lumpur, Cafe ETC adalah pilihan yang sangat baik. Dengan suasana yang selesa, cafe ini sesuai untuk mereka yang ingin bekerja dalam keadaan tenang. Makanan yang disediakan di sini adalah bebas pork dan harga yang berpatutan menjadikan Cafe ETC salah satu cafe murah di Kuala Lumpur yang sesuai untuk bekerja.

Jika anda seorang pencinta kopi dan memerlukan tempat untuk bekerja, VCR adalah destinasi yang tepat. Terkenal dengan pilihan kopi yang berkualiti serta makanan yang enak, VCR sering menjadi pilihan ramai untuk sesi kerja pada waktu petang. Cafe ini mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur, termasuk di Galloway dan Bangsar, menjadikannya lebih mudah diakses. Suasana estetik yang dihasilkan di VCR juga amat sesuai untuk meningkatkan fokus anda ketika bekerja.

Diilhamkan daripada perkataan Sweden "Fika" yang bermaksud rehat, Feeka Coffee Roasters adalah tempat yang ideal untuk mengambil sedikit masa bekerja sambil menikmati kopi tempatan yang lazat. Cafe ini menyediakan ruang luaran yang tenang, menjadikannya salah satu cafe terbaik di Kuala Lumpur bagi mereka yang gemar bekerja di luar ruang tertutup.

Kaffe 16 menawarkan suasana yang tenang dan santai, menjadikannya destinasi yang baik untuk bekerja atau belajar di Kuala Lumpur. Dengan wifi percuma dan pelbagai minuman istimewa, seperti coklat panas, cafe ini adalah tempat yang baik untuk hari kerja yang produktif tanpa gangguan.
Dengan pilihan cafe di atas, anda pasti dapat mencari tempat yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti anda di Kuala Lumpur!
Jika anda sedang mencari pekerjaan di cafe, jangan lepaskan peluang ini! Banyak cafe di Kuala Lumpur dan lain-lain tempat sedang mencari pekerja yang berdedikasi dan berminat untuk menyertai team mereka. Mohon sahaja kerja kosong sekarang dan mulakan kerjaya anda di industri F&B. Klik di sini untuk memohon kerja di cafe sekarang!