by Ani
Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menantikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, dua peristiwa penting yang penuh keberkatan dan kegembiraan. Bagi tahun 2025, umat Islam di Malaysia sudah mula tertanya-tanya bilakah tarikh puasa dan tarikh Hari Raya Aidilfitri akan jatuh. Artikel ini akan berkongsi mengenai tarikh puasa 2025, tarikh raya 2025, serta amalan-amalan sunat hari raya yang disyorkan untuk menambahkan pahala dan memperkukuh ukhuwah sesama Muslim.
1 Syawal merupakan hari pertama bulan Syawal dalam kalendar Islam, menandakan berakhirnya Ramadan dan disambut dengan Hari Raya Aidilfitri. Pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Selain itu, 1 Syawal juga menjadi hari untuk berkongsi kebahagiaan bersama keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat dengan amalan bersedekah, bertakbir, dan menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Jap! Sebelum admin bagitahu lagi mendalam mengenai tarikh puasa dan tarikh raya 2025, admin nak tanya sama ada anda tahu atau tak cara nak share link kerja dengan someone di portal Maukerja. Meh, admin tunjuk 2 step mudah! Ikut je cara dibawah dan try share job link mulai harini. Semoga bermanfaat.
Langkah 1: Klik icon seperti gambar diatas untuk dapatkan link share job
Langkah 2: Klik copy atau klik pada mana-mata button social media untuk share job link tersebut
Menurut takwim rasmi yang dikeluarkan oleh JAKIM, tarikh puasa 2025 dijangka bermula pada 2 Mac 2025 (Ahad). Namun begitu, seperti biasa, tarikh permulaan puasa akan ditentukan secara rasmi selepas pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Pengisytiharan ini dilakukan selepas pemantauan anak bulan Ramadan di beberapa lokasi yang ditetapkan di seluruh negara.
Jap! Nak cari kerja kosong?Kalau nak kerja kosong boleh terus drop resume kat sini. Anda hanya perlu upload 1 resume anda je dan nanti portal MauKerja akan auto hantar ke beribu majikan yang sedang mencari pekerja macam anda ni! Senang kan? Jom drop resume dengan klik poster dibawah ni
Setelah berpuasa selama sebulan, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal. Berdasarkan takwim JAKIM, tarikh raya 2025 dijangka jatuh pada 31 Mac 2025 (Isnin). Hari ini bukan sahaja untuk merayakan kejayaan mengharungi Ramadan, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga dan rakan-rakan serta memohon kemaafan atas kesalahan yang lalu.
Seperti biasa, tarikh ini tertakluk kepada pengisytiharan rasmi selepas melihat anak bulan Syawal, dan umat Islam di Malaysia akan menerima pengumuman tarikh raya melalui televisyen dan radio.
Pada hari yang penuh keberkatan ini, terdapat beberapa amalan sunat hari raya yang boleh dilakukan oleh umat Islam untuk menambahkan pahala dan menzahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Amalan-amalan ini disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dan diamalkan oleh para sahabat Baginda.
ARTIKEL BERKAITAN: Amalan Sunat Hari Raya Yang Terbaik Boleh Diamalkan
Tahun 2025 bakal menyaksikan umat Islam memulakan puasa pada 2 Mac 2025, dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac 2025, berdasarkan ramalan awal JAKIM. Namun, tarikh ini masih tertakluk kepada pengisytiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sepanjang hari raya, amalan sunat hari raya seperti bertakbir, menunaikan solat Aidilfitri, dan ziarah-menziarahi sangat dianjurkan untuk menambahkan pahala dan mengeratkan hubungan sesama Muslim.
Selamat menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2025!
Nak dapat respons cepat dari majikan masa apply kerja kosong? Apa kata korang on sahaja "I Am Ready For Work" dekat handphone atau laptop korang tu! Confirm lepasni majikan akan cepat notice korang Klik "I Am Ready For Work" sekarang macam gambar dekat bawah ni
Kalau senarai diatas ni bukan pilihan yang anda nak kerja...jangan risau. Anda boleh mohon kerja disini > Mohon kerja kosong <
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik