Kerja Part Time Sesuai Untuk Lelaki
# Jenis Pekerjaan

Kerja Part Time Sesuai Untuk Lelaki

post by Ani

by Ani

Oct 7, 2024
pada 5:36 PM

Kerja Part Time Sesuai Untuk Lelaki

Apa Itu Kerja Part Time?

Pernah tak korang tertanya-tanya, apa itu kerja part time? Secara ringkasnya, kerja part time ni adalah pekerjaan yang tak perlukan komitmen korang secara sepenuh masa. Senang cerita, kalau nak mudah faham, korang boleh kerja beberapa jam sehari atau hanya beberapa hari seminggu, bergantung kepada keperluan majikan dan masa lapang korang. Kerja part time ni sangat sesuai untuk orang yang nak tambah pendapatan sampingan, mencari pengalaman baru, atau memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih produktif. Dalam artikel ini, kita akan bincangkan beberapa pilihan kerja part time yang sesuai untuk lelaki serta skop kerja bagi setiap pekerjaan tersebut.

Senarai Kerja Part Time Sesuai Untuk Lelaki

1. Live Host
Live Host
Pernah tengok tak live dekat TikTok atau Shopee? Ha...orang yang berinteraksi dengan penonton sambil promosikan produk tu la dipanggil live host. Nak kerja part time sebagai live host ni korang kena yakin berhadapan dengan kamera, ada kemahiran komunikasi yang bagus, dan pandai ‘menjual’ produk. Kerja ni korang bolehlah buat pada waktu malam atau hujung minggu.

2. Promoter
Promoter
Promoter biasanya bertugas di pusat beli-belah, pasar raya atau semasa event. Kerja korang adalah memperkenalkan produk kepada pelanggan, memberi penerangan dan kadang-kadang buat demonstrasi produk. Kalau korang jenis peramah dan ada kemahiran komunikasi yang baik, kerja ini sangat sesuai untuk korang. Ia juga selalunya dilakukan pada hujung minggu atau musim perayaan, jadi ia boleh disesuaikan dengan jadual harian korang yang sedia ada sekarang.

3. Barista
Barista
Jika korang minat kopi dan suka berinteraksi dengan orang ramai, bekerja sebagai barista mungkin pilihan yang ideal untuk korang. Skop kerja barista termasuk menyediakan minuman seperti kopi, teh, dan kadang-kadang makanan ringan. Korang juga perlu jaga kebersihan tempat kerja dan layan pelanggan dengan baik. 

4. Crew Restoran
Crew restoran
Kerja di restoran pula melibatkan kerja untuk ambil pesanan, sediakan makanan, menghidang, dan membersihkan meja. Ini adalah kerja yang sesuai untuk mereka yang suka suasana kerja yang pantas. Korang perlu bekerja secara berpasukan dan cekap terutama semasa waktu puncak seperti makan tengahari atau makan malam.

5. Sales Representative
 Sales Representative

Sebagai sales representative, korang bertugas di kedai atau butik untuk membantu pelanggan membuat pilihan, memberi penerangan produk dan cuba mencapai sasaran jualan. Kalau korang suka bercakap dan ada minat dalam jualan, kerja ini boleh jadi peluang yang bagus untuk tambah pendapatan. Skop kerja fleksibel dan sesuai bagi mereka yang mahu pengalaman dalam bidang jualan.

6. Admin Assistant
Admin
Kerja sebagai admin assistant part time biasanya melibatkan tugasan seperti memasukkan data, menguruskan panggilan, menyusun dokumen, dan membantu majikan mengurus jadual. Kalau korang mahir menggunakan komputer dan boleh bekerja dengan teratur, kerja ini sesuai untuk korang. Pekerjaan ni biasanya di pejabat kecil atau perniagaan tempatan, dan korang boleh aturkan waktu bekerja ikut kesesuaian korang.

7. Delivery Rider
Rider

Dengan populariti platform penghantaran seperti GrabFood dan Foodpanda, kerja sebagai penghantar makanan menjadi pilihan yang popular. Skop kerja ini melibatkan mengambil dan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Korang perlu ada kenderaan sendiri dan mahir guna aplikasi penghantaran. Kerja ini sangat fleksibel, korang boleh bekerja bila-bila masa ikut jadual sendiri.

8. Translator
translator

Kalau korang mahir dalam lebih dari satu bahasa, kerja sebagai penterjemah (translator) boleh jadi peluang part time yang menarik. Kerja ni biasanya melibatkan menterjemahkan dokumen, artikel, atau bahan pemasaran dari satu bahasa ke bahasa lain. Paling menarik, kerja ni boleh dilakukan dari rumah dan sangat fleksibel.

> Mohon kerja part time Translator disini

Kelebihan Kerja Part Time

  1. Fleksibiliti Masa: Anda boleh atur jadual sendiri dan kerja ikut masa lapang anda.
  2. Pendapatan Tambahan: Sesuai untuk mereka yang mahu menambah pendapatan tanpa meninggalkan kerja utama.
  3. Pengalaman Baru: Anda boleh belajar kemahiran baru dalam pelbagai industri.
  4. Peningkatan Diri: Bekerja part time boleh membantu membina keyakinan dan kemahiran yang berguna untuk masa depan.

Kesimpulannya, kerja part time adalah pilihan yang baik untuk lelaki yang mahu tambah pendapatan dan kalau nak tingkatkan kemahiran tanpa komitmen sepenuh masa. Pilihan seperti Live Host, Promoter, Barista, dan penterjemah menawarkan fleksibiliti dan peluang yang menarik. Apa yang penting, pilih kerja yang sesuai dengan minat dan keperluan korang tau.

Kalau korang nak mohon sebarang kerja part time yang lain selain yang admin senaraikan di dalam artikel ni bolehlah mohon kerja part time lain disini > Mohon Kerja Kosong Part Time < dan korang pun boleh save job dulu kalau tak nak apply kerja tu lagi! Save je dulu so that nanti senang untuk korang refer balik kerja yang korang berminat tu.

Cara Save Job