PERKESO: Semakan Tuntutan PERKESO Yang Ramai Tak Tahu
# Pengetahuan Pekerja

PERKESO: Semakan Tuntutan PERKESO Yang Ramai Tak Tahu

post by Ani

by Ani

Jan 26, 2026
pada 2:46 PM

PERKESO: Semakan Tuntutan PERKESO Yang Ramai Tak Tahu

Apa Itu PERKESO?

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), juga dikenali sebagai SOCSO (Social Security Organization), adalah agensi di Malaysia yang ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja. Melalui skim caruman, PERKESO melindungi pekerja daripada risiko seperti kemalangan, kehilangan upaya, atau kehilangan pekerjaan. Perlindungan ini penting untuk memberikan jaminan kewangan kepada pekerja dan keluarga mereka sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.


Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO

PERKESO menawarkan beberapa jenis tuntutan yang boleh dilakukan oleh pencarum. Berikut adalah tiga jenis tuntutan utama yang disediakan oleh PERKESO:

1. Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan adalah sejenis tuntutan untuk melindungi pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit sewaktu bekerja. Perlindungan yang diberikan di bawah skim ini merangkumi beberapa situasi seperti:

1. Perlindungan sewaktu bekerja

Pencarum dilindungi sekiranya mengalami kecederaan dalam waktu bekerja.

2. Perlindungan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja

Meliputi kecederaan yang berlaku dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat makan semasa waktu rehat yang dibenarkan.

3. Perlindungan sewaktu dalam kecemasan

Pencarum dilindungi jika mengalami kecederaan ketika membantu orang lain dalam situasi kecemasan di tempat kerja.

4. Penyakit khidmat

Pencarum yang menghidap penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan seperti kehilangan deria dengar akibat pendedahan kepada bunyi bising atau penyakit asma akibat habuk atau bahan kimia di tempat kerja.

Skim Insurans Pekerjaan (SIP) adalah inisiatif kerajaan untuk melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan. Faedah yang disediakan termasuk penggantian pendapatan serta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan baharu secepat mungkin.

Pekerja yang kehilangan pekerjaan akan dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO) dalam mencari pekerjaan baru atau mereka boleh menyertai latihan kemahiran yang dianjurkan oleh PERKESO sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan kebolehpasaran mereka di pasaran buruh.

Artikel Berkaitan: Faedah SIP PERKESO Dan Cara Buat Tuntutan SIP PERKESO

3. Tuntutan Hilang Upaya (Skim Keilatan)

Skim Keilatan memberikan perlindungan kepada pekerja yang tidak lagi boleh bekerja disebabkan oleh keilatan atau kecacatan yang teruk. Skim ini berbeza daripada Skim Bencana Pekerjaan kerana ia memberikan perlindungan 24 jam kepada pekerja tanpa mengira sama ada kecederaan atau kematian itu disebabkan oleh pekerjaan atau tidak.

Pencarum yang layak menerima faedah di bawah skim ini akan menerima Pencen Ilat, yang terbahagi kepada dua kategori:

1. Kadar Pencen Ilat Berkelayakan Penuh: Pencen bermula dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata, bergantung kepada bilangan caruman yang dibayar.

2. Kadar Pencen Ilat Berkelayakan Separa: Pencen pada kadar 50% daripada gaji bulanan purata dan diberikan kepada pencarum yang membayar tidak kurang daripada satu pertiga daripada bilangan caruman sepatutnya.

 

Kalkulator SOCSO, EPF & EIS untuk Majikan di Malaysia

Pengiraan caruman secara manual boleh memakan masa dan mudah berlaku kesilapan. Kalkulator ini membantu HR mengira SOCSO, EPF dan EIS dengan tepat, pantas dan tanpa kerumitan. 

SOCSO EIS EPF Calculator


Semakan Tuntutan PERKESO

Semakan tuntutan PERKESO adalah langkah penting untuk memastikan tuntutan anda diproses dengan betul. Proses tuntutan biasanya mengambil masa antara 3 hingga 14 hari, bergantung kepada jenis tuntutan yang dibuat. Contohnya, bayaran faedah untuk pengurusan mayat biasanya diproses dalam masa 3 hari, manakala bayaran faedah untuk hilang upaya atau pencen ilat mungkin memerlukan masa sehingga 14 hari.

Berikut adalah beberapa cara untuk melakukan semakan tuntutan PERKESO:

1. Semakan Tuntutan PERKESO Secara Fizikal

Anda boleh mengunjungi mana-mana pejabat PERKESO berdekatan dengan membawa nombor kad pengenalan anda dan slip gaji sebagai rujukan.

2. Semakan Tuntutan PERKESO Secara Talian Khidmat Pelanggan

Hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status tuntutan anda.

3. Semakan Tuntutan PERKESO Secara Online

Semakan juga boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi PERKESO. Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda untuk mengetahui status tuntutan anda.


Kelebihan Perlindungan PERKESO

Menyedari kepentingan caruman dengan PERKESO adalah langkah penting bagi setiap pekerja untuk memastikan diri dan keluarga dilindungi. Melalui skim yang disediakan oleh PERKESO, anda akan mempunyai sokongan kewangan dalam situasi yang tidak dijangka seperti kemalangan pekerjaan atau kehilangan pekerjaan.


Nak Cari Kerja Yang Ada Perlindungan PERKESO? Jom, Mohon Kerja Di Portal Maukerja

Perlindungan yang disediakan oleh PERKESO melalui pelbagai jenis tuntutan adalah sangat penting untuk kesejahteraan sosial dan keselamatan kewangan pekerja di Malaysia. Dengan mengetahui jenis-jenis tuntutan seperti Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan, dan Skim Insurans Pekerjaan (SIP), anda dapat membuat keputusan yang bijak untuk memastikan diri anda dan keluarga sentiasa terlindung.

Sekiranya anda sedang mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan mahu menikmati manfaat seperti perlindungan sosial PERKESO, anda boleh layari portal Maukerja untuk mencari kerja kosong yang sesuai dengan kelayakan anda.

Ataupun, kalau anda nak cari kerja cara cepat dan berkesan, anda boleh juga DROP RESUME anda di Maukerja dan nanti biar kami auto hantar resume anda kepada bakal-bakal majikan. Lagi cepat dan senang!
Arrow
Drop Resume

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah: