Info Banjir: Amaran Banjir Terkini Pekerja Perlu Tahu
# Trending Semasa # Others

Info Banjir: Amaran Banjir Terkini Pekerja Perlu Tahu

post by Ani

by Ani

Oct 16, 2024
pada 1:54 PM

Info Banjir: Amaran Banjir Terkini Pekerja Perlu Tahu

Banjir adalah salah satu bencana alam yang paling kerap berlaku di Malaysia, dan kesannya boleh menjadi serius, terutama kepada pekerja yang perlu bergerak atau bekerja di kawasan terjejas. Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Asia Tenggara dijangka mengalami hujan lebat. Oleh itu, adalah penting untuk kita sentiasa mendapatkan info banjir terkini dan amaran banjir terkini agar anda dapat merancang pergerakan serta mengambil langkah berjaga-jaga.

Apa Itu Amaran Banjir Terkini?

Amaran banjir terkini merujuk kepada pemberitahuan yang diberikan oleh pihak berkuasa berkenaan kemungkinan berlakunya banjir di kawasan tertentu. Amaran ini adalah penting untuk memberi tahu masyarakat dan pekerja tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil dan kawasan-kawasan yang berpotensi mengalami kenaikan air.

Drop Resume

Semakan Info Banjir Terkini Di Malaysia

Ketika berlakunya musim hujan dan risiko banjir meningkat, terdapat beberapa agensi kerajaan dan sumber rasmi yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan info terkini:

1. Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS):

Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS)

Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia adalah salah satu sumber utama untuk mendapatkan info banjir terkini. Mereka menyediakan data mengenai kenaikan paras air sungai serta lokasi yang berisiko mengalami banjir. Anda boleh mengakses maklumat ini melalui laman web rasmi mereka di publicinfobanjir.water.gov.my.

2. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

MetMalaysia

MetMalaysia adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memberikan ramalan cuaca serta amaran banjir terkini. Mereka menyediakan maklumat mengenai cuaca buruk seperti ribut petir, hujan lebat, dan amaran lain yang berkaitan dengan fenomena cuaca. Anda boleh mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui laman web mereka di met.gov.my atau melalui akaun media sosial mereka.

3. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Lembaga Lebuhraya Malaysia

Bagi pekerja yang perlu memandu jauh, maklumat tentang laluan lebuh raya yang terjejas akibat banjir adalah sangat penting. Anda boleh merujuk laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk melihat keadaan laluan dan menggunakan sistem CCTV untuk memeriksa keadaan trafik terkini. Untuk dapatkan maklumat, anda boleh rujuk CCTV di lebuh raya melalui pautan https://www.llm.gov.my/awam/cctv

Tips Hadapi Banjir Bagi Pekerja

Berikut adalah beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh pekerja ketika menghadapi amaran banjir:

  1. Rancang Perjalanan Anda dengan Teliti Jika anda perlu ke tempat kerja, pastikan anda menyemak keadaan jalan terlebih dahulu. Gunakan aplikasi atau laman web rasmi untuk memeriksa laluan mana yang terjejas oleh banjir dan cuba elakkan kawasan-kawasan tersebut.
  2. Sentiasa Simpan Nombor Kecemasan Pastikan anda mempunyai nombor telefon penting seperti balai polis, bomba, hospital, dan pasukan penyelamat. Ini akan membantu anda mendapatkan bantuan segera jika berlaku sebarang kecemasan.
  3. Amalkan Keselamatan di Tempat Kerja Jika tempat kerja anda terletak di kawasan yang berisiko banjir, pastikan anda mengetahui prosedur keselamatan yang telah ditetapkan oleh majikan.

Kenapa Info Banjir Terkini Penting Untuk Pekerja?

Mengetahui info banjir terkini adalah penting untuk memastikan keselamatan anda, keluarga, dan rakan sekerja anda. Dengan adanya maklumat yang tepat, anda dapat mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal dan mengelakkan risiko yang tidak diingini seperti terperangkap dalam banjir atau terpaksa menggunakan jalan yang ditutup.

Lindungi Keselamatan Anda

Memandangkan cuaca yang tidak menentu dan risiko banjir yang meningkat sekarang ni, sentiasalah peka dengan info banjir terkini dan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Pastikan anda periksa maklumat terkini daripada sumber yang dipercayai untuk memastikan keselamatan diri dan perancangan perjalanan anda tidak terganggu.

Jika anda sedang mencari peluang pekerjaan baru yang menawarkan persekitaran yang lebih selamat dan stabil, pergi sahaja ke portal Maukerja. Dengan pelbagai pilihan jawatan kosong di seluruh Malaysia, Maukerja membantu anda mencari kerjaya yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda. Anda hanya perlu drop resume anda di sini, dan portal Maukerja akan secara automatik menghantar resume anda kepada ribuan majikan yang sedang mencari pekerja. 

Arrow
Drop Resume Di Maukerja