

by Ani
Dalam ekonomi yang semakin mencabar, ramai pekerja di Malaysia mula mempertimbangkan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Sama ada untuk menambah pendapatan, membayar komitmen kewangan dan lain-lain lagi. Trend buat dua kerja kini menjadi semakin popular. Namun, persoalan yang timbul ialah adakah ia dibenarkan oleh undang-undang dan majikan? Artikel ini akan memberitahu anda maksud kerja, kelebihan dan kekangan buat dua kerja dalam satu masa, serta aspek-aspek penting yang pekerja perlu tahu sebelum membuat sebarang keputusan.

Sebelum menyelami persoalan sama ada boleh buat dua kerja, kita perlu memahami maksud kerja terlebih dahulu.
Kerja bermaksud aktiviti yang melibatkan usaha fizikal atau mental untuk mendapatkan bayaran atau upah. Dalam konteks pekerjaan moden, istilah “buat dua kerja” merujuk kepada seseorang yang buat dua pekerjaan pada waktu yang sama. Contohnya, seseorang mungkin bekerja sepenuh masa sebagai eksekutif pemasaran pada siang hari dan mengambil kerja sambilan sebagai tutor atau pemandu e-hailing pada waktu malam.
Artikel Berkaitan: Apa Itu Split Shift Dan Pekerjaan Apa yang Biasa Ada Split Shift?
Secara amnya, melakukan dua kerja dalam satu masa tidak diharamkan oleh undang-undang Malaysia. Namun, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pekerja membuat keputusan ini:
1. Polisi Syarikat atau Majikan
Banyak majikan mempunyai polisi tersendiri mengenai pekerja yang memegang lebih daripada satu pekerjaan. Syarikat tertentu mungkin menetapkan bahawa pekerja perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu atau mungkin menghalang pekerja untuk mengambil kerja tambahan yang boleh mengganggu prestasi kerja utama.
2. Perjanjian Kontrak Kerja
Kebanyakan kontrak kerja akan menyatakan bahawa pekerja perlu memberi komitmen sepenuhnya kepada pekerjaan yang dipegang. Jika terdapat klausa yang melarang buat dua kerja, pekerja mungkin perlu mempertimbangkan risiko kontrak mereka dibatalkan atau menghadapi tindakan disiplin.
3. Etika dan Kesetiaan kepada Majikan
Walaupun tidak dinyatakan secara formal, majikan mungkin berpendapat bahawa pekerja yang memegang dua kerja mungkin tidak memberikan sepenuh tumpuan dan tenaga kepada pekerjaan utama mereka. Ini boleh mempengaruhi persepsi majikan terhadap pekerja, terutamanya jika pekerjaan kedua itu berpotensi menimbulkan konflik kepentingan.
Buat dua kerja mungkin mempunyai risiko, namun terdapat kelebihan yang mungkin dapat meningkatkan kualiti hidup anda:
1. Dapat Tambah Pendapatan
Dalam ekonomi yang tidak menentu, melakukan dua pekerjaan boleh membantu menambah pendapatan bulanan, sekaligus meningkatkan taraf hidup. Bagi mereka yang menghadapi kos sara hidup tinggi, pekerjaan tambahan ini dapat meringankan beban kewangan.
Kalau anda nak tahu sama ada kerja anda sekarang dapat gaji yang setimpal atau tidak, anda boleh semak purata gaji pasaran dalam bidang anda dengan menggunakan Salary Checker. Klik sini untuk semak purata gaji.
2. Dapat Bina Kemahiran Baru
Setiap pekerjaan menawarkan pengalaman dan cabaran yang berbeza. Dengan buat dua pekerjaan, anda dapat belajar kemahiran baru yang mungkin tidak dapat diperoleh dalam pekerjaan utama. Ini boleh menjadikan anda lebih serba boleh dalam pasaran kerja.
3. Mengembangkan Rangkaian (Networking)
Melibatkan diri dalam dua bidang pekerjaan memberikan peluang untuk berjumpa dengan ramai orang yang boleh membantu dalam perkembangan kerjaya. Hubungan ini juga mungkin membuka pintu kepada peluang pekerjaan baru pada masa akan datang.
4. Mencapai Kepuasan Diri
Bagi sesetengah orang, buat dua kerja bukan sekadar soal kewangan tetapi tentang kepuasan diri. Jika anda seorang yang mempunyai minat dalam beberapa bidang, kerja tambahan dapat menjadi peluang untuk mengejar minat tersebut tanpa perlu berhenti dari kerja utama anda.
Walaupun ada kelebihan, buat dua kerja dalam satu masa juga mempunyai cabaran yang perlu diambil kira:
1. Keletihan Fizikal dan Mental
Buat dua pekerjaan memerlukan tenaga yang tinggi. Jika tidak diuruskan dengan baik, anda mungkin merasa cepat letih dan sukar mengekalkan produktiviti dalam kedua-dua pekerjaan. Keletihan berlebihan juga boleh memberi kesan kepada kesihatan jangka panjang anda.
2. Kekangan Masa untuk Keluarga dan Diri Sendiri
Waktu yang dihabiskan untuk dua pekerjaan bermakna masa anda bersama keluarga, rakan, atau untuk diri sendiri akan berkurangan. Ini boleh memberi tekanan kepada hubungan peribadi dan juga mengurangkan kesejahteraan emosi anda.
3. Risiko Melanggar Polisi Syarikat
Tanpa kebenaran, anda mungkin melanggar polisi syarikat jika pekerjaan kedua tidak mendapat kelulusan dari majikan. Ini boleh menyebabkan tindakan disiplin, malah ia juga berpotensi menyebabkan pemberhentian kerja jika majikan mendapati anda bekerja secara tidak sah.
Jika anda serius nak buat dua kerja dalam satu masa, berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda menguruskan komitmen ini dengan baik:
Buat dua kerja dalam satu masa mungkin menawarkan pendapatan tambahan dan peluang belajar kemahiran baru, tetapi ia juga datang dengan cabaran tersendiri. Sebelum membuat keputusan ini, pertimbangkan sama ada anda mampu menguruskan dua pekerjaan tanpa menjejaskan kesihatan dan prestasi kerja anda. Pastikan juga untuk memahami polisi syarikat anda dan mendapat kebenaran, jika perlu.
Jika anda sedang mencari peluang pekerjaan baru, jom apply sahaja kerja kosong di portal Maukerja sebab terdapat beribu-ribu kerja kosong yang menanti anda! Klik sini untuk mohon kerja kosong dalam pelbagai bidang di pelbagai negeri disini!
1. Boleh ke saya buat dua kerja dalam satu masa?
Ya, secara amnya tiada larangan undang-undang untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun, pastikan anda menyemak polisi syarikat atau perjanjian kontrak kerja utama anda, kerana sesetengah majikan mungkin mempunyai syarat tertentu.
2. Apakah kelebihan kalau buat dua kerja?
Kelebihan buat dua kerja termasuk menambah pendapatan, membina kemahiran baru, mengembangkan rangkaian profesional, dan memenuhi kepuasan diri dalam bidang yang diminati.
3. Apakah cabaran utama buat dua kerja dalam satu masa?
Antara cabaran utama ialah keletihan fizikal dan mental, kekangan masa untuk keluarga dan diri sendiri, potensi konflik kepentingan, serta risiko melanggar polisi syarikat.
4. Bagaimana saya boleh mengelakkan keletihan jika buat dua kerja?
Untuk mengelakkan keletihan, pilih kerja sambilan yang fleksibel, urus masa dengan baik, pastikan anda tidak menjejaskan prestasi kerja utama, dan ambil masa untuk berehat secukupnya.
5. Perlukah saya mendapatkan kebenaran majikan untuk buat dua kerja?
Ya, sekiranya terdapat klausa dalam kontrak atau polisi syarikat yang menetapkan kebenaran diperlukan, sebaiknya berbincang dengan majikan untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.