

by Ani
Bila kali terakhir awak tulis cover letter? Jika jawapannya “tidak pernah” atau “dah lama sangat,” awak tidak keseorangan sebab still ramai pencari kerja di Malaysia ni masih keliru tentang maksud cover letter atau bagaimana cara nak tulis dengan baik. Dalam artikel ini, kita akan bongkar rahsia nak tulis cover letter yang simple tetapi tetap memukau. Sesuai untuk permohonan kerja di mana-mana bidang.
Bagi yang belum tahu, cover letter adalah surat pengenalan yang disertakan bersama resume. Ia memberikan gambaran pertama tentang siapa awak, apa yang awak dapat tawarkan dan kenapa awak berminat dengan jawatan yang dimohon tu. Berbeza dengan resume yang padat dengan fakta, cover letter membolehkan awak bercerita dalam cara yang ringkas tetapi berkesan.
Kenapa ia penting? Bayangkan awak sedang cuba menarik perhatian majikan dalam timbunan permohonan kerja yang berlambak tu. Dengan cover letter yang memukau, awak boleh serlahkan kemahiran dan pengalaman awak.
Baca Juga: Ini Perbezaan Resume, Cover Letter Dan CV
1. Pengenalan yang Menarik
Jangan mulakan dengan ayat klise seperti “Saya ingin memohon jawatan...”. Sebaliknya, buatkan pembaca terus teruja. Contoh:
“Saya tertarik dengan peluang di [Nama Syarikat] kerana kepercayaan syarikat terhadap inovasi dan pertumbuhan profesional.”
2. Tunjukkan Kelebihan Tanpa Terlalu Panjang
Fokus kepada 2-3 kelebihan utama yang paling relevan dengan jawatan yang awak pohon. Contohnya:
3. Tone Profesional Tapi Tidak Membosankan
Pastikan gaya bahasa awak profesional tetapi tidak terlalu formal. Masukkan sedikit sentuhan peribadi untuk menunjukkan keikhlasan awak nak mohon kerja tu.
4. Akhiri dengan CTA
Tutup cover letter dengan ajakan tindakan (CTA) yang memberi kesan. Contoh: “Saya berbesar hati jika diberikan peluang untuk membincangkan bagaimana saya boleh menyumbang kepada syarikat tuan/puan.”
Nak cari kerja kosong yang 'ngam' dengan kelayakan awak? Jom, guna je Job Matcher dari Maukerja
Nama Pemohon
Alamat Pemohon
No. Telefon Pemohon
E-mel Pemohon
Tarikh: [dd/mm/yyyy]
Pengurus Sumber Manusia
[Nama Syarikat]
Alamat Syarikat
Tuan/Puan,
Permohonan Jawatan [Nama Jawatan]
Dengan rasa teruja, saya menulis untuk memohon jawatan [Nama Jawatan] seperti yang diiklankan di [Sumber Iklan]. Dengan [X tahun] pengalaman dalam [bidang kerja], saya yakin bahawa saya dapat memberikan nilai tambah kepada pasukan Tuan/Puan.
Di tempat kerja lama, saya berjaya [nyatakan pencapaian utama, seperti “mengoptimumkan sistem pengurusan pejabat sehingga meningkatkan produktiviti 30%”]. Saya juga mahir dalam [kemahiran yang relevan seperti “Microsoft Excel, SAP, dan pengurusan dokumen penting”].
Saya yakin pengalaman ini membolehkan saya memenuhi keperluan jawatan tersebut. Saya berharap dapat menyumbangkan kemahiran saya kepada kejayaan syarikat. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempertimbangkan permohonan ini.
Yang Benar,
[Nama Pemohon]

Nak cari kerja? Jom mohon kerja dengan klik disini.
[Applicant’s Name]
[Applicant’s Address]
[Phone Number]
[Email Address]
Date: [dd/mm/yyyy]
Human Resources Manager
[Company Name]
[Company Address]
Dear Sir/Madam,
Application for [Job Title] Position
I am writing to express my interest in the [Job Title] position as advertised on [Source]. With [X years] of experience in [field], I am confident in my ability to contribute positively to your organization.
In my previous role at [Company], I successfully [highlight achievement, such as “streamlined administrative processes, reducing delays by 25%”]. Additionally, I am proficient in [mention relevant skills such as “Microsoft Office, data entry systems, and customer service support”].
I would be honored to discuss how my experience aligns with the goals of your team. Thank you for considering my application.
Sincerely,
[Applicant’s Name]

Cover letter yang ringkas tetapi padat adalah alat utama untuk meningkatkan peluang awak dipanggil temuduga. Pastikan awak mempersembahkan diri dengan cara yang menarik, profesional, dan relevan.
Nak kerja kosong cepat? Jom, drop resume di MauKerja hari ini! Awak hanya drop je resume awak tu dan nanti kami akan automatik akan hantar resume awak tu ke beribu-ribu majikan yang tengah cari pekerja. Nak drop resume sekarang? Jom, klik disini untuk drop resume dan cari kerja cara cepat!
1. Apa maksud cover letter?
Cover letter ialah surat pengenalan yang menjelaskan kenapa awak calon yang sesuai untuk jawatan yang dipohon.
2. Berapa panjang cover letter yang sesuai?
Sekitar satu halaman sudah mencukupi, dengan isi yang jelas dan ringkas.
3. Perlu ke bagi cover letter jika syarikat tidak memintanya?
Ya, menghantar cover letter tetap menunjukkan inisiatif dan usaha tambahan awak.
4. Bagaimana jika tiada pengalaman kerja?
Fokus pada kemahiran dan pencapaian yang berkaitan, termasuk latihan praktikal atau projek universiti.
5. Di mana nak cari kerja kosong?
Awak boleh temui pelbagai peluang kerja di Maukerja, platform pencarian kerja yang mesra pencari kerja di Malaysia.