Bantuan SARA One-Off Dah Masuk? Ini Cara Semak!
# Trending Semasa # Others

Bantuan SARA One-Off Dah Masuk? Ini Cara Semak!

post by Ani

by Ani

Nov 19, 2024
text.at 2:52 PM

Bantuan SARA One-Off Dah Masuk? Ini Cara Semak!

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini kembali dengan inisiatif yang lebih meluas dan menyeluruh. Mulai 9 Disember 2024, jutaan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menikmati bantuan tambahan secara one-off. Nak tahu lebih lanjut tentang apa itu SARA, siapa yang layak, dan jumlah bantuannya? Jom baca je sampai habis!

Apa Itu SARA?

SARA, atau Sumbangan Asas Rahmah, merupakan salah satu langkah kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Kalau sebelum ni hanya kategori miskin tegar je yang terima bantuan ni, tapi kini pada tahun 2024, semua penerima STR turut layak. Dengan bayaran RM100 setiap bulan selama setahun melalui MyKad, bantuan ini bertujuan menyokong kewangan golongan isi rumah dan individu yang berkelayakan.

Baca Juga: Semakan STR Dan Jumlah Terbaru Bayaran STR 2025

Bila Bantuan SARA 2024 Masuk?

Bila Bantuan SARA 2024 Masuk

Awak tak perlu tunggu lama! Kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran tambahan SARA one-off akan mula disalurkan kepada penerima STR bermula 9 Disember 2024, iaitu pada hari Isnin. Ini termasuk 8 juta penerima yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Jadi, awak boleh jangkakan wang bantuan ini sampai ke akaun dengan cepat dan mudah, sama seperti kaedah pembayaran STR biasa.

Maksud One-Off

Kalau awak tertanya-tanya, apa maksud one-off, ia bermaksud bantuan ini diberikan sekali sahaja dalam bentuk bayaran tunggal. Senang cerita macam dapat sekligus terus. Untuk SARA 2024, semua penerima STR termasuk kategori bukan miskin tegar akan menerima bayaran ini. Dengan tambahan ini, isi rumah layak boleh terima sehingga RM1,000 bagi pembayaran akhir STR tahun ini.

Jumlah & Kategori Bantuan SARA 2024

Jumlah & Kategori Bantuan SARA 2024

Berikut adalah pecahan jumlah bantuan berdasarkan kategori penerima:

  • Isi Rumah: RM300
  • Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan: RM150

Bayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut kaedah pembayaran STR, jadi awak cuma perlu pastikan akaun awak aktif dan tersedia.

Semakan Sumbangan Asas Rahmah 2024

Nak tahu kalau awak layak terima SARA? Mudah je, awak hanya perlu ikut langkah di bawah:

  1. Klik laman rasmi SARA disini > https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan awak (tanpa tanda sengkang).
  3. Klik butang "Log Masuk" dan semak frasa keselamatan.
  4. Jika betul, masukkan kata laluan dan tekan "Semak".
  5. Status kelayakan SARA akan dipaparkan.

Dengan hanya beberapa klik, awak boleh tahu status kelayakan dan jumlah bantuan yang bakal diterima.

Kenapa Bantuan SARA Ni Penting?

Dengan kos hidup yang semakin meningkat, bantuan seperti SARA sangat bermakna untuk rakyat Malaysia. Sama ada untuk membeli keperluan dapur, membayar bil, atau menyimpan wang untuk keperluan kecemasan, bantuan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terbeban.

Nak Cari Kerja Dengan Gaji Lebih Baik? Jom, Apply Kerja Di Maukerja!

Sumbangan Asas Rahmah 2024 bukan sekadar bantuan tunai, tetapi satu inisiatif yang mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Kalau awak belum semak kelayakan, buat sekarang dan manfaatkan bantuan ini.

Dan kalau awak tengah cari peluang kerja baru dengan gaji yang lebih baik, jangan lupa untuk terus tengok kerja kosong di pelbagai bidang. Siapa tahu, rezeki awak ada di situ! Klik sini untuk mohon kerja kosong baru dengan pelbagai plihan gaji yang menarik!

Kerja kosong


FAQ Tentang Sumbangan Asas Rahmah 2024

1. Apa itu SARA?
SARA adalah Sumbangan Asas Rahmah, bantuan tunai tambahan untuk penerima STR tahun 2024.

2. Bila bantuan SARA 2024 masuk?
Bayaran mula disalurkan secara one-off pada 9 Disember 2024.

3. Apa maksud one-off?
One-off bermaksud bayaran diberikan sekali sahaja dalam jumlah penuh.

4. Berapa jumlah bantuan SARA 2024?
Isi rumah akan menerima RM300, manakala bujang dan warga emas tiada pasangan akan dapat RM150.

5. Bagaimana cara semakan SARA?
Awak boleh semak kelayakan di laman rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dengan hanya beberapa langkah mudah.