by Ani
Resume ialah pintu masuk utama untuk awak dapatkan pekerjaan impian. Tapi, tahu tak kenapa? Salah satu elemen penting dalam resume yang ramai selalu abaikan ialah objektif resume. Walaupun nampak macam kecil, bahagian ni sebenarnya boleh tarik perhatian majikan kalau awak tulis dengan betul-betul tau. Jom kita kupas maksudnya dan cara nak buat yang terbaik!
Objektif dalam resume ialah satu ayat pendek yang menceritakan matlamat kerjaya awak dan bagaimana awak boleh beri nilai tambah kepada syarikat. Ia biasanya terletak di bahagian paling atas resume. Betul-betul selepas maklumat peribadi. Ayat ini berfungsi sebagai pengenalan awal kepada siapa diri awak dan apa yang awak tawarkan.
Majikan selalunya hanya ambil masa beberapa saat je untuk imbas resume awak. Kalau objektif awak power dan menarik, ia boleh buat resume awak "pop out" dari calon-calon lain. Fikirkan ia macam "highlight reel" yang tunjukkan potensi diri awak secara ringkas tapi penuh impak.
Kalau awak masih keliru macam mana nak tulis, berikut adalah beberapa contoh objektif resume Bahasa Melayu yang boleh dijadikan panduan:
Baca Juga: Contoh Resume Fresh Graduate Tanpa Pengalaman, Power!
Untuk fresh graduate atau lepasan SPM, jangan risau kalau awak belum ada pengalaman kerja. Fokus kepada:
Objektif resume ni bukan tentang pengalaman semata-mata, tapi lebih kepada potensi awak sebagai pekerja.
Objektif resume adalah peluang untuk tunjukkan kepada majikan kenapa awak patut dipilih. Ambil masa untuk tulis ayat yang betul-betul menggambarkan diri awak dan relevan dengan kerja yang awak nak.
Kalau dah cuba semua cara tapi masih belum dapat kerja, jangan stres. MauKerja ada banyak peluang kerja untuk awak explore. Jom klik sini untuk cari kerja kosong di portal Maukerja!
Objektif resume ialah ayat ringkas yang menunjukkan matlamat kerjaya awak dan apa yang awak boleh tawarkan kepada majikan.
Kalau awak fresh graduate atau tak ada banyak pengalaman, objektif resume sangat disarankan untuk beri gambaran awal tentang diri awak.
Pastikan ayatnya ringkas, padat, dan relevan dengan jawatan yang awak mohon. Tekankan kemahiran dan sumbangan awak.
Gunakan nada yang profesional tapi mudah difahami. Elakkan bahasa terlalu santai atau berbunga-bunga.
Tak. Setiap objektif perlu disesuaikan dengan jawatan yang awak nak supaya ia nampak lebih spesifik dan menarik.
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik