STR Bujang 2025 Dah Bibuka. Rugi Kalau Tak Mohon!
# Trending Semasa # Others

STR Bujang 2025 Dah Bibuka. Rugi Kalau Tak Mohon!

post by Ani

by Ani

Nov 25, 2024
pada 11:59 AM

STR Bujang 2025 Dah Bibuka. Rugi Kalau Tak Mohon!

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan, termasuk individu bujang. Kalau awak belum tahu apa itu STR, artikel ini akan terangkan kelayakan STR bujang, bayaran yang diterima, cara buat permohonan STR bujang, dan langkah untuk semakan STR bujang. Jadi, teruskan baca supaya awak tak terlepas peluang bantuan ini.

Apa Itu STR (Sumbangan Tunai Rahmah)?

STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah program bantuan kewangan kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah. STR diberikan kepada pelbagai kategori, termasuk isi rumah, warga emas, dan individu bujang.

Kelayakan STR Bujang 2025

Individu bujang layak memohon STR jika memenuhi syarat berikut:

  1. Status: Bujang, ibu atau bapa tunggal, balu, janda, atau duda tanpa anak.
  2. Umur: 21 hingga 59 tahun (19 tahun ke atas untuk OKU).
  3. Pendapatan: Tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  4. Bukan Pelajar: Tidak belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.
  5. Khusus OKU: OKU berumur 19 tahun ke atas yang bukan pelajar sepenuh masa boleh memohon.

Nota Penting:
Bujang yang masih belajar di IPTA/IPTS sepenuh masa hanya boleh didaftarkan sebagai tanggungan dalam kategori isi rumah. Mereka tidak layak untuk memohon sebagai individu bujang.

Bayaran STR Bujang 2024

Bayaran STR untuk individu bujang dibahagikan kepada beberapa fasa:

Fasa 1:

  • Bayaran: RM350

Fasa 2:

  • Bujang (21-59 tahun) atau OKU (19-59 tahun) dengan pendapatan RM2,500 ke bawah: RM100
  • Warga emas tanpa pasangan (60 tahun ke atas) dengan pendapatan RM5,000 ke bawah: RM150

Fasa 3:

  • Bujang (21-59 tahun) atau OKU (19-59 tahun) dengan pendapatan RM2,500 ke bawah: RM50

Fasa 4:

  • Bujang (21-59 tahun) atau OKU (19-59 tahun) dengan pendapatan RM2,500 ke bawah: RM100
  • Warga emas tanpa pasangan (60 tahun ke atas): RM150

Permohonan STR Bujang 2025

Pendaftaran baru dan kemas kini STR masih dibuka. Ikuti langkah ini:

  1. Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Daftar Permohonan Baru” jika ini kali pertama awak memohon.
  3. Isikan maklumat peribadi seperti nama, nombor MyKad, dan pendapatan.
  4. Semak semula maklumat yang diisi untuk elak kesilapan.
  5. Klik “Hantar” dan simpan resit pendaftaran untuk rujukan.

Sila maklum bahawa permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024.

permohonan STR

Semakan STR Bujang

Awak juga boleh semak status permohonan dan jumlah bayaran dengan langkah ini:

  1. Layari portal STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Tekan butang “Semakan Permohonan”.
  4. Status kelulusan dan jumlah bayaran akan dipaparkan.

Nak Tahu Berapa Gaji Awak Patut Dapat? Jom, Semak Di Portal Maukerja!

STR Bujang adalah bantuan penting untuk individu bujang berpendapatan rendah. Dengan memahami kelayakan, jumlah bayaran, dan cara permohonan, peluang awak untuk dapat bantuan ini lebih cerah.

Oh ye, awak nak tahu tak gaji yang patut awak dapat? Caranya senang je, awak tinggal gunakan Salary Checker di Maukerja je untuk semak purata gaji terkini. Semak purata gaji dalam bidang awak sekarang dengan klik disini dan buat keputusan yang lebih bijak!

Salary Checker


FAQ Berkaitan STR Bujang

1. Siapa layak mohon STR bujang?
Individu bujang berumur 21-59 tahun (atau OKU 19-59 tahun) dengan pendapatan RM2,500 ke bawah dan bukan pelajar sepenuh masa.

2. Berapa bayaran STR bujang untuk 2025?
Bayaran keseluruhan adalah sehingga RM600, dibahagikan kepada empat fasa.

3. Bagaimana cara mohon STR bujang?
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi STR dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian.

4. Bila tarikh pembayaran STR bujang?
Tarikh pembayaran bergantung kepada jadual rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi setiap fasa.

5. Bagaimana nak semak status STR bujang?
Semakan boleh dilakukan melalui portal STR dengan log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.