4 Contoh Surat Rasmi Permohonan Kerja, HR Auto Terpukau!
# Pengetahuan Pekerja # Others

4 Contoh Surat Rasmi Permohonan Kerja, HR Auto Terpukau!

post by Ani

by Ani

Nov 26, 2024
pada 3:58 PM

4 Contoh Surat Rasmi Permohonan Kerja, HR Auto Terpukau!

Rasa susah nak mula tulis surat rasmi untuk apply kerja? Kalau ya, awak tak keseorangan. Awak kena ingat bahawa surat rasmi permohonan kerja ni lebih penting dari apa yang awak fikirkan tau. Ini bukan sekadar hantar kertas je tapi ia peluang emas untuk buat HR nampak kenapa awak calon yang sesuai untuk jawatan yang diorang cari.

Dalam artikel ni, awak bukan je akan tahu apa maksud surat rasmi permohonan kerja dan format yang betul, tapi kami jugak bagi 4 contoh surat rasmi permohonan kerja. Tak kisah kalau awak fresh graduate yang baru nak mula, tengah cari internship, kerja part-time atau dah ada pengalaman kerja. Semuanya ada kat sini dan bonusnya, contoh ada dalam Bahasa Melayu dan English. Senang kerja awak, kan?

Maksud Surat Rasmi Permohonan Kerja

Surat Rasmi Permohonan Kerja

Surat rasmi permohonan kerja ialah dokumen formal yang dihantar bersama resume untuk memperkenalkan diri awak kepada majikan. Fungsinya adalah untuk:

  • Menunjukkan minat terhadap jawatan yang dipohon.
  • Memberikan gambaran ringkas tentang kelayakan dan pengalaman awak.
  • Meyakinkan HR bahawa awak adalah pilihan terbaik untuk jawatan tersebut.

Ingat, surat ini adalah peluang pertama awak untuk tinggalkan kesan yang baik untuk majikan. Jadi, kena pastikan ia ringkas, profesional, dan kena pada format.

Baca Juga: 10 Langkah Penting Perlu Tahu Sebelum Interview

Format Surat Rasmi Permohonan Kerja

Jangan risau, nak buat surat rasmi ni tak susah kalau ikut format yang betul. Ikut je langkah ni:

1. Maklumat Pengirim

  • Nama awak
  • Alamat rumah
  • Nombor telefon
  • Email

2. Tarikh Surat

  • Tarikh awak tulis surat tu (jangan guna tarikh esok pulak).

3. Maklumat Penerima

  • Nama penerima (kalau tahu, kalau tak tahu, tulis “Tuan/Puan”).
  • Jawatan penerima (contoh: Pengurus Sumber Manusia).
  • Alamat syarikat.

4. Tajuk Surat

  • Straight to the point, contoh: Permohonan Jawatan Sebagai Pembantu Akaun.

5. Isi Kandungan Surat

  • Perenggan 1: Kenalkan diri awak dan tujuan surat ni.
  • Perenggan 2: Highlight apa yang buat awak calon terbaik (pengalaman, kemahiran).
  • Perenggan 3: Ucap terima kasih dan nyatakan awak ready untuk temu duga.

6. Penutup & Tandatangan

  • Tutup dengan tanda hormat (“Yang Benar”) dan tandatangan awak.

5 Contoh Surat Rasmi Permohonan Kerja

1. Surat Rasmi Permohonan Kerja Untuk Fresh Graduate

[Maklumat Pengirim]
[Tarikh Surat]

[Maklumat Penerima]

Tajuk: Permohonan Jawatan Sebagai Eksekutif Pemasaran

Tuan/Puan,

Saya [Nama Awak], graduan [Nama Universiti] dalam bidang [Pengajian], ingin memohon jawatan Eksekutif Pemasaran seperti yang diiklankan di [platform].

Sepanjang pengajian saya, saya dah belajar strategi pemasaran digital, analisis pasaran, dan pengurusan kempen. Selain tu, pengalaman latihan industri di [Nama Syarikat] banyak ajar saya cara nak urus projek pemasaran dalam dunia sebenar.

Saya yakin kombinasi ilmu akademik dan pengalaman praktikal ni boleh bantu syarikat tuan/puan berkembang lebih jauh. Kalau diberi peluang, saya sedia berbincang lebih lanjut dalam sesi temu duga.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Awak]


2. Surat Rasmi Permohonan Kerja Bahasa Inggeris (Experienced)

[Your Name]
[Your Address]
[Date]

[Recipient’s Details]

Subject: Application for Senior Marketing Executive Position

Dear [Recipient’s Name],

I am thrilled to apply for the Senior Marketing Executive role at [Company Name]. With over five years of experience in digital marketing and campaign management, I am confident in my ability to contribute significantly to your team.

At [Previous Company], I successfully launched campaigns that increased customer engagement by 30%. My expertise in [specific tools] and data-driven strategies has allowed me to create impactful marketing solutions.

I look forward to bringing my experience to [Company Name]. Please feel free to contact me for further discussion. Thank you for considering my application.

Sincerely,
[Your Name]

Surat rasmi permohonan kerja bahasa inggeris


3. Surat Rasmi Permohonan Kerja Untuk Internship

[Maklumat Pengirim]
[Tarikh Surat]

[Maklumat Penerima]

Tajuk: Permohonan Latihan Industri di [Nama Syarikat]

Tuan/Puan,

Saya [Nama Awak], pelajar tahun akhir [Pengajian] di [Universiti], ingin memohon untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan/puan bermula [tarikh].

Sepanjang pengajian, saya dah terlibat dalam projek seperti [projek berkaitan], yang membantu saya bina kemahiran seperti [kemahiran utama]. Saya yakin pengalaman di syarikat ini boleh beri pendedahan lebih mendalam untuk kerjaya masa depan saya.

Terima kasih atas perhatian tuan/puan.

Yang benar,
[Nama Awak]


 

4. Surat Rasmi Permohonan Kerja Part-Time

[Maklumat Pengirim]
[Tarikh Surat]

[Maklumat Penerima]

Tajuk: Permohonan Jawatan Pembantu Kedai (Part-Time)

Tuan/Puan,

Saya [Nama Awak], pelajar [Universiti/Kolej], ingin memohon jawatan Pembantu Kedai secara sambilan di [Nama Syarikat].

Saya ada pengalaman bekerja dalam bidang khidmat pelanggan di [Syarikat Lama], termasuk menguruskan jualan harian dan membantu pelanggan. Saya yakin kemahiran ini boleh memberi manfaat kepada operasi kedai tuan/puan.

Saya berharap dapat menghadiri sesi temu duga. Terima kasih atas pertimbangan tuan/puan.

Yang benar,
[Nama Awak]

Surat rasmi ni macam tiket masuk untuk permohonan kerja awak. Jangan pandang ringan. Pastikan isi kandungan tepat, format kemas, dan gaya bahasa sesuai. Kalau masih rasa susah nak cari kerja, Maukerja ada banyak peluang kerja untuk awak. Drop resume kat sini dan nanti kami akan automatik hantar resume awak tu ke beribu-ribu majikan yang tengah cari pekerja!

Drop resume