Contoh Cover Letter Simple Tapi Power!
# Pengetahuan Pekerja

Contoh Cover Letter Simple Tapi Power!

post by Ani

by Ani

Nov 27, 2024
pada 3:56 PM

Contoh Cover Letter Simple Tapi Power!

Cover letter, atau surat iringan, adalah dokumen penting yang boleh buat permohonan kerja korang lebih menonjol. Ia merupakan peluang pertama untuk korang perkenalkan diri kepada majikan dan yakinkan mereka kenapa korang layak untuk jawatan yang dipohon. Dalam artikel ini, kita akan terangkan maksud cover letterformat cover letter, serta sediakan beberapa contoh cover letter mohon kerja dalam Bahasa Melayu dan English yang boleh korang jadikan rujukan.

Apa Itu Cover Letter?

Cover letter ialah surat rasmi yang dihantar bersama resume semasa memohon pekerjaan. Ia berfungsi untuk:

  1. Memperkenalkan diri secara ringkas.
  2. Menyatakan kenapa korang berminat dengan jawatan tersebut.
  3. Menjelaskan kemahiran dan pengalaman korang yang relevan dengan jawatan.

Cover letter ni bukan sekadar formaliti, ia boleh jadi faktor utama majikan nak tengok resume korang.

Baca Juga: Contoh Cover Letter Beserta Template

Format Cover Letter

Walaupun cover letter pendek, ia perlu disusun dengan rapi. Berikut ialah format asas yang korang boleh gunakan:

1. Maklumat Diri

  • Nama penuh
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Email

2. Maklumat Majikan

  • Nama syarikat
  • Alamat syarikat
  • Nama penerima (jika diketahui)

Perenggan Pertama

  • Perkenalkan diri dan nyatakan jawatan yang dipohon.

Isi Kandungan

  • Sorotkan kemahiran dan pengalaman yang relevan.
  • Kaitkan kemahiran korang dengan keperluan syarikat.

Penutup

  • Nyatakan harapan untuk dipanggil temuduga.
  • Ucapkan terima kasih.

Tandatangan

  • Letakkan nama penuh dan tanda tangan (jika bercetak).

Baca Juga: Cover Letter Fresh Graduate

Contoh Cover Letter Mohon Kerja Bahasa Melayu

[Nama Penuh Anda]
[Alamat Anda]
[Nombor Telefon Anda]
[Email Anda]

[Nama Penerima/HR Manager]
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tarikh: [dd/mm/yyyy]

Tajuk: Permohonan Jawatan [Nama Jawatan]

Tuan/Puan yang dihormati,

Saya merujuk kepada iklan jawatan kosong yang disiarkan di [platform/laman web]. Dengan ini, saya ingin memohon jawatan [nama jawatan] di syarikat Tuan/Puan.

Saya mempunyai pengalaman selama [tempoh] dalam bidang [bidang kerja], di mana saya telah mengasah kemahiran seperti [nyatakan kemahiran]. Saya yakin kemahiran ini boleh menyumbang kepada kejayaan pasukan di syarikat Tuan/Puan.

Saya amat berbesar hati jika diberi peluang untuk menghadiri sesi temuduga bagi membincangkan lebih lanjut tentang sumbangan saya.

Sekian, terima kasih atas perhatian Tuan/Puan.

Yang benar,
[Nama Penuh Anda]

Contoh Cover Letter Mohon Kerja English

[Your Full Name]
[Your Address]
[Your Phone Number]
[Your Email Address]

[Hiring Manager’s Name]
[Company Name]
[Company Address]

Date: [dd/mm/yyyy]

Subject: Application for [Job Title]

Dear [Hiring Manager’s Name],

I am excited to apply for the position of [Job Title] as advertised on [platform/website]. With [X years] of experience in [relevant field], I am confident in my ability to contribute positively to your team.

At [Previous Company], I successfully [mention a key achievement or responsibility]. My skills in [relevant skills] align closely with the requirements of this role, and I am eager to bring value to [Company Name].

I look forward to the opportunity to discuss how my skills and experience can contribute to your team. Thank you for considering my application.

Sincerely,
[Your Full Name]

Tips Menulis Cover Letter yang Efektif

  1. Tunjukkan Kesesuaian: Fokuskan pada bagaimana korang boleh memenuhi keperluan syarikat.
  2. Ringkas Tapi Padat: Tulis satu muka surat sahaja, cukup untuk tarik perhatian.
  3. Semak Semula: Elakkan kesalahan tatabahasa atau ejaan – ia beri kesan besar!

Stuck Nak Cari Kerja? Jom, Cari Kerja Di Portal Maukerja.

Cover letter yang menarik dan ditulis dengan baik boleh buat majikan tertarik nak kenal lebih lanjut tentang korang. Jadi, jangan abaikan bahagian ni masa hantar permohonan kerja!

Kalau korang masih belum dapat kerja dan rasa stuck, boleh la cari kerja di portal Maukerja. Ada banyak peluang kerja kosong menanti korang di seluruh negeri.

kerja kosong


FAQ Tentang Cover Letter

1. Apa sebenarnya maksud cover letter?
Cover letter ialah surat rasmi untuk memperkenalkan diri dan menarik perhatian majikan semasa memohon kerja.

2. Perlu ke ikut format cover letter tertentu?
Ya, format cover letter yang teratur menunjukkan korang serius dan profesional.

3. Cover letter ni kena panjang ke?
Tak perlu. Satu muka surat dah cukup. Fokus pada isi penting sahaja.

4. Perlu ke tulis cover letter dalam Bahasa Inggeris?
Tak semestinya. Kalau syarikat lebih selesa dengan Bahasa Melayu, gunakan bahasa tersebut.

5. Di mana boleh dapat contoh cover letter mohon kerja?
Korang boleh rujuk artikel ini untuk contoh cover letter mohon kerja Bahasa Melayu dan contoh cover letter mohon kerja English.