by Ani
Pernah tak awak terfikir, apa kesalahan yang boleh buat awak kena buang kerja? Kadang-kadang kita rasa benda kecil takkan beri kesan besar, tapi hakikatnya, banyak kesalahan kecil yang boleh jadi punca majikan hilang kepercayaan. Kalau awak nak kekal selamat, dihormati dan terus maju dalam kerjaya, penting untuk awak tahu apa yang patut dielakkan di tempat kerja.
Dalam artikel ni, kita akan bincangkan kesalahan yang biasa dilakukan pekerja, jenis salah laku, dan etika kerja yang perlu dijaga. Jadi, teruskan baca kalau awak nak jadi pekerja yang profesional dan sentiasa dihargai!
Kesalahan di tempat kerja biasanya terbahagi kepada dua kategori:
1. Salah Laku Berat (Major Misconduct)
Salah laku berat melibatkan pelanggaran yang serius, yang boleh menyebabkan pemberhentian serta-merta tanpa notis. Menurut Employment Act 1955, contoh salah laku berat termasuk:
Mengambil harta syarikat tanpa izin atau menyalahgunakan dana syarikat untuk tujuan peribadi adalah pelanggaran yang serius.
Sebarang perbuatan, kata-kata, atau isyarat yang bersifat gangguan seksual bukan sahaja melanggar etika tetapi juga undang-undang. Ini boleh membawa kepada tindakan undang-undang sivil atau jenayah.
Bertindak ganas terhadap rakan sekerja atau mengeluarkan kata-kata kesat boleh mencetuskan suasana kerja yang toksik.
Memburukkan syarikat atau majikan di media sosial boleh menjejaskan reputasi organisasi dan membawa kepada tindakan disiplin.
2. Salah Laku Ringan (Minor Misconduct)
Salah laku ringan biasanya tidak membawa kepada pemberhentian serta-merta, tetapi jika dilakukan secara berulang, ia boleh memberi kesan buruk kepada kedudukan awak. Contohnya:
Baca Juga: Alasan Lambat Masuk Kerja Yang Majikan Selalu Dapat
Salah laku di tempat kerja boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Berikut adalah kategori utama:
Ini termasuk:
Contohnya:
Ini melibatkan tindakan seperti:
Etika kerja adalah asas untuk mencipta suasana kerja yang harmoni dan profesional. Kalau awak langgar etika ni, ia boleh menjejaskan hubungan dengan rakan sekerja dan majikan.
Antara contoh kesalahan etika:
1. Fahami Polisi Syarikat
Pastikan awak baca dan faham semua polisi syarikat. Tak tahu sesuatu boleh jadi alasan, tapi tak cukup kuat untuk lepaskan awak dari tanggungjawab.
2. Komunikasi Secara Terbuka
Kalau ada masalah, beritahu majikan atau rakan sekerja secara terbuka dan profesional. Jangan biarkan isu kecil jadi besar.
3. Jaga Emosi & Sikap
Tekanan kerja biasa, tapi belajar kawal emosi. Sikap positif boleh bawa awak jauh dalam kerjaya.
Di Malaysia, undang-undang seperti Employment Act 1955 dan Industrial Relations Act 1967 memberikan panduan jelas tentang hak dan tanggungjawab pekerja serta majikan. Misalnya:
Pekerja tidak boleh diberhentikan serta-merta tanpa siasatan dalaman yang adil. Majikan perlu menyediakan bukti kukuh sebelum mengambil tindakan.
Pekerja berhak untuk mempertahankan diri melalui sesi perbincangan atau pendengaran disiplin.
1. Tahu Hak Awak
Rujuk kontrak kerja dan polisi syarikat. Pastikan majikan mematuhi prosedur yang adil seperti yang digariskan oleh undang-undang.
2. Dapatkan Nasihat Pakar
Berunding dengan HR atau peguam buruh jika awak rasa dituduh secara tidak adil.
3. Tunjukkan Keprofesionalan
Elakkan emosi berlebihan dan kekalkan komunikasi yang sopan sepanjang proses siasatan.
Kesalahan kecil di tempat kerja boleh beri kesan besar pada reputasi dan kerjaya awak. Jadi, penting untuk awak sentiasa profesional, patuhi etika, dan elakkan salah laku. Dengan sikap yang betul, awak tak hanya kekal di tempat kerja, malah berpeluang untuk maju lebih jauh dalam kerjaya.
Awak rasa artikel ni bermanfaat? Kongsi dengan rakan-rakan supaya mereka pun tahu apa yang patut dielakkan di tempat kerja!
Kalau korang tengah struggle cari kerja baru selepas diberhentikan atau nak upgrade peluang kerjaya, jangan risau. Korang boleh cari kerja melalui platform seperti Maukerja. Jangan lupa update resume dan mula cari peluang yang sesuai dengan kemahiran korang!
1. Apa kesalahan paling biasa yang boleh menyebabkan pekerja dibuang kerja?
Kecurian, gangguan seksual, dan kegagalan ikut arahan adalah antara kesalahan paling biasa.
2. Adakah pekerja akan diberi amaran sebelum dibuang kerja?
Untuk salah laku ringan, biasanya akan ada amaran. Tapi untuk salah laku berat, majikan boleh bertindak serta-merta.
3. Apakah contoh kesalahan etika di tempat kerja?
Contohnya termasuk tidak jujur, sikap tidak hormat, dan mengabaikan tanggungjawab.
4. Apa langkah terbaik untuk elakkan diri daripada salah laku di tempat kerja?
Ikut peraturan, hormati rakan sekerja, dan pastikan korang memahami dasar syarikat.
5. Kalau saya dibuang kerja, apa langkah seterusnya?
Perbaiki kelemahan, kemas kini resume, dan cari peluang baru di platform seperti Maukerja.
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik