by Ani
Bila temuduga kerja, salah satu soalan yang pasti keluar adalah "Berapa gaji yang awak harapkan?". Kalau tak jawab dengan betul, ada dua kemungkinan: korang mungkin "dapat gaji rendah" atau majikan terus reject sebab angka terlalu tinggi. Tapi jangan risau! Artikel ni akan kupas mengenai cara jawab expected salary, termasuk persediaan sebelum temuduga dan tip interview yang boleh bantu korang negotiate gaji dengan yakin.
Sebelum kita pergi ke cara jawab expected salary, penting untuk faham kenapa soalan ni ditanya. Tujuan utama majikan ialah:
1. Menilai Keberanian dan Keyakinan Diri
Jawapan awak boleh mencerminkan sejauh mana awak menghargai diri sendiri dan sejauh mana awak memahami nilai pasaran awak.
2. Memastikan Keserasian dengan Bajet Syarikat
Majikan ingin mengetahui sama ada gaji yang awak harapkan sesuai dengan kemampuan mereka dan pasaran kerja.
3. Mengelakkan Pembaziran Masa
Jika jumlah yang awak minta tidak masuk akal atau terlalu jauh dari bajet mereka, ia boleh memudahkan majikan membuat keputusan awal.
1. Lakukan Kajian Pasaran
Sebelum korang jawab soalan gaji, pastikan korang tahu julat gaji untuk jawatan dan industri tersebut. Korang boleh guna Salary Checker dari Maukerja untuk semak. Klik sini untuk tahu purata gaji pasaran dalam bidang korang.
2. Analisis Kelayakan Diri
Fikirkan pengalaman, kemahiran, dan kelayakan korang. Kalau korang ada kemahiran tambahan yang jarang-jarang ada, korang boleh aim gaji lebih tinggi.
3. Latih Cara Jawab
Practice jawapan korang nampak lebih yakin. Cuba buat simulasi dengan kawan atau depan cermin untuk berlatih jawab soalan tersebut.
1. Jangan Jadi Orang Pertama Sebut Angka
Cuba elakkan beri angka gaji terlebih dahulu. Tanya balik seperti:
Cara ni boleh bagi korang lebih kawalan dalam perbincangan mengenai gaji.
2. Gunakan Julat Gaji (Salary Range)
Kalau korang perlu sebut angka, gunakan salary range. Contohnya:
3. Fokus Pada Nilai yang Korang Tawarkan
Tekankan apa yang korang boleh sumbangkan kepada syarikat. Contohnya:
4. Bersikap Fleksibel
Tunjukkan keterbukaan, seperti:
1. Memberi Angka Tanpa Kajian
Jangan sebut gaji ikut suka hati. Pastikan korang ada fakta untuk backup jawapan tu.
2. Terus Sebut Angka Terlalu Tinggi
Ini boleh buat majikan reject korang awal-awal, terutama kalau syarikat tu kecil atau startup.
3. Terlalu Rendah Diri
Kalau korang minta angka terlalu rendah, korang mungkin nampak tak yakin atau tak hargai diri sendiri.
Contoh 1: Fresh Graduate
"Sebagai graduan baru, saya faham saya masih belajar. Berdasarkan kajian saya, gaji pasaran untuk posisi ini adalah sekitar RM2,500 hingga RM3,000. Saya terbuka untuk berbincang lebih lanjut."
Contoh 2: Dengan Pengalaman
"Dengan pengalaman kerja selama 5 tahun dalam bidang ini, saya rasa gaji sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sesuai. Namun, saya terbuka untuk berbincang berdasarkan manfaat lain yang syarikat tawarkan."
Contoh 3: Soalan Balik
"Berdasarkan pengalaman saya, saya terbuka untuk berbincang gaji yang sesuai. Boleh saya tahu julat gaji yang ditawarkan untuk jawatan ini?"
Jawab soalan tentang expected salary perlukan persediaan, keyakinan, dan strategi. Ingat, korang bukan sahaja minta gaji, tapi korang juga jual nilai diri korang kepada syarikat. Kalau korang tak dapat tawaran kerja walaupun dah cuba sehabis baik, jangan kecewa. Banyak lagi peluang kerja kat luar sana. Klik sini kalau nak cari kerja di platform Maukerja untuk peluang yang sesuai dengan kemahiran korang!
1. Apa yang perlu saya buat kalau majikan minta expected salary?
Beri julat gaji berdasarkan kajian pasaran dan nilai kemahiran korang.
2. Patutkah saya sebut gaji spesifik atau julat?
Julat lebih baik sebab ia tunjukkan fleksibiliti dan ruang untuk rundingan.
3. Apa yang perlu saya elakkan semasa jawab soalan gaji?
Elak beri angka tanpa kajian, terlalu rendah, atau terlalu tinggi daripada pasaran.
4. Macam mana kalau majikan tak beri julat gaji?
Tanya balik untuk dapatkan maklumat atau buat anggaran berdasarkan kajian pasaran.
5. Boleh ke saya negotiate gaji selepas dapat tawaran?
Boleh, tapi pastikan korang ada alasan kukuh untuk meminta kenaikan gaji yang ditawarkan.
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik