

by Ani
Dalam artikel ini, kami akan terangkan dengan lebih mendalam mengenai surat penamatan perkhidmatan, sebab-sebab penamatan kerja, serta hak pekerja yang terlibat. Kami juga sediakan contoh surat pemberhentian kerja dan panduan menghadapi situasi ini secara profesional.
Surat penamatan perkhidmatan ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan untuk memaklumkan kepada pekerja bahawa kontrak kerja mereka akan ditamatkan. Dokumen ini biasanya mengandungi maklumat berikut:
Surat ini mesti ditulis dengan jelas untuk memastikan pekerja memahami sebab penamatan dan hak mereka di bawah undang-undang buruh Malaysia.
Baca Juga: Kena VSS? Jangan Panik, Ini Cara Pengiraan Pampasan VSS
Berikut adalah contoh surat rasmi untuk rujukan:
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
[Tarikh]
[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]
Perkara: Penamatan Perkhidmatan
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Tuan/Puan di [Nama Syarikat] akan ditamatkan berkuat kuasa pada [Tarikh]. Keputusan ini diambil berdasarkan [sebab penamatan seperti pelanggaran disiplin, penyusunan semula organisasi].
Selaras dengan kontrak kerja Tuan/Puan, [notis/pampasan] akan diberikan seperti yang termaktub. Kami juga memohon agar semua aset syarikat seperti [senarai aset, contoh: komputer riba, kad akses] dipulangkan sebelum tarikh akhir perkhidmatan.
Kami ingin merakamkan penghargaan atas sumbangan Tuan/Puan selama bertugas di [Nama Syarikat]. Kami mendoakan kejayaan Tuan/Puan dalam usaha di masa hadapan.
Yang benar,
[Nama Pengurus/HR]
[Jawatan]

1. Penyalahgunaan Kuasa
Menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi atau menyalahi etika pekerjaan.
2. Rasuah
Memberi atau menerima rasuah adalah kesalahan serius di bawah undang-undang Malaysia.
3. Ponteng Kerja
Tidak hadir bertugas tanpa alasan yang munasabah atau kebenaran pihak atasan.
4. Pelanggaran Tatakelakuan
Contoh: Biadap terhadap atasan atau rakan sekerja.
Baca Juga: Majikan Berhentikan Pekerja 24 Jam? Boleh Ke?
1. Ketidakhadiran Tanpa Notis
Tidak hadir bekerja tanpa memaklumkan majikan terlebih dahulu.
2. Prestasi Kerja Rendah
Tidak mencapai standard kerja yang ditetapkan syarikat dalam tempoh tertentu.
3. Pelanggaran Polisi Syarikat
Contoh: Tidak mematuhi kod pakaian, waktu kerja, atau polisi keselamatan.
4. Penyalahgunaan Harta Syarikat
Menggunakan aset syarikat untuk tujuan peribadi tanpa kebenaran.
Berhadapan dengan penamatan kerja boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu:
Penamatan kerja adalah situasi yang mencabar, tetapi dengan pemahaman tentang hak dan tindakan profesional, anda boleh menguruskannya dengan lebih baik. Sama ada anda perlu memahami surat penamatan atau mencari peluang pekerjaan baharu, sentiasa bersikap positif dan gunakan pengalaman ini untuk berkembang.
Jika anda sedang mencari kerja baharu, jangan lupa untuk cari pelbagai peluang kerja menarik di Maukerja! Klik sahaja disini untuk mohon kerja kosong sekarang.
1. Apa itu surat penamatan perkhidmatan?
Surat rasmi yang dikeluarkan oleh majikan untuk memaklumkan pekerja bahawa kontrak kerja mereka akan ditamatkan.
Sebab penamatan, tarikh perkhidmatan tamat, notis/pampasan (jika berkenaan), dan arahan tambahan.
Bergantung kepada kontrak kerja dan undang-undang buruh Malaysia.
Kesalahan serius seperti ponteng kerja, pelanggaran etika, atau prestasi rendah.
Gunakan portal seperti Maukerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai.